Mini WaterFall Kemensah

Mini WaterFall Kemensah

Isnin, 27 Februari 2012

KANTOI DAP ,PKR TIPU RAKYAT TENTANG LYNAS



PKR dan DAP sibuk memburukan Kerajaan dengan Logi Lynas yang didakwa mempunyai Radiasi Radioaktif yang tinggi, namun hakikatnya ia disahkan selamat oleh pakar nuklear dari PAS sendiri iaitu Dr Rosli seorang Pakar Nuklier dan ahli Palimen Ulu Langat. malahan Dr Rosli dipetik berkata , yang sibuk bukanya PAS tetapi PKR dan DAP saja, 

IAEA badan yang memantau Logi Lynas membuat pemantauan
Industri Rare Earth pada dahulunya didominasi oleh Amerika yang mana berakhir pada tahun 1980-an yang mana selepas itu penghasilan Rare Earth dikuasai oleh China.

China yang mempunyai 48% rizab Rare Earth dilihat bakal menjadi kuasa teknologi moden menjelang 2015 berbanding Amerika yang mempunyai rizab Rare Earth sebanyak 13%. Manakala Australia, Kanada dan Russia difahamkan mempunyai rizab tersendiri.

cara pemprosesan Rare Earth di LoJi Negara Cina yang dibangakan oleh DAP dan PKR

dari apa yang berlaku nampaknya DAP dan PKR mempunyai agenda mereka memainkan isu Lyans, 

 

1, DAP yang terkenal Rasis cuba melindungi industri Rare Earth Negara Cina kerana secara jelas kekuatan simpanan Rare Earth Cina mampu menundukan Jepun dalam bidang industri yang memerluakan bahan itu sedangkan Jepun adalah pengeluar utama bahan semi konduktur yang menguna pakai rare Earth dalam komponen elektronik seperti mikro cip dan alatan litar elektronik. bahan - bahan ini adalah dipasang dialam Telefon mudah alih , Ipod , TV dan yang berkaitan, jika kita lihat pengunaan bahan ini adalah sangat-sangat meluas oleh manusia seluruh dunia termasuk malaysia. makan jika benar rare earth ini membawa kesan radioaktif yang merbahaya maka lebih baik DAP dan PKR berhenti guna bahan elektronik dahulu, namun sehingga kini tiada pengesahan saintifik tentang pekara itu.

2, Lim Guan Eng memainkan isu ini dengan tujuan dapat mengalihkan tumpuan terhadap isu ,Projek Laluan Terowong Pulau Pinangnya, isu Tanah Bayan Mutiara. yang kita semua maklum menjadi konterversi kerana mempunyai unsur ketirisan dan tidak telus.

3. Anuar Ibrahim pula mengunakan isu ini bagi menutup isu Kenyataan beliau di Wall Street Jounal berkaitan menyokong segala usaha mempertahankan Negara Israel.

oleh itu usaha -usaha mengalihkan isu dilakukan dan Lynas adalah isu yang agak rumit di fahami oleh rakyat dan agak sensitif kerana ia berkaitan dengan Nuklier dan radioaktif dijadikan bahan walaupun hakikatnya Lynas adalah selamat beroperasi yang di sahkan sendiri oleh badan-badan yang di iktiraf oleh Dunia.

ini adalah suntingan dari laporan berita New Straits Time 26 februari
Link disini->   http://www.nst.com.my/local/general/nuke-expert-lynas-plant-is-safe-1.51982

Dr Rosli Che Mat Pakar Nuklier

 Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata semasa melayan perwakilan pada Muktamar Pas pada Jun tahun lalu: "Saya suka membawa perhatian anda kepada isu Lynas, yang telah dibangkitkan oleh perwakilan kami.

"Isu itu perlu dirujuk kepada pakar kami. Kami mempunyai seorang pakar nuklear. Hulu Langat ahli parlimen Dr Che Rosli Che Mat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang nuklear."

Dalam temu bual dengan stesen televisyen swasta baru-baru ini, Che Rosli, yang merupakan seorang saintis nuklear berkata: "Mereka (PAKATAN) menakutkan orang ramai dengan mengatakan bahawa Lynas adalah  loji nuklear, sedangkan fungsinya hanya untuk memproses bahan-bahan semula jadi seperti nadir bumi dari Mount Weld di Australia Barat, yang mempunyai radiasi yang kurang berbanding dengan lombong bijih.

"Isu itu telah dibawa oleh PKR. Saya sentiasa tenang dan walaupun diberi amaran oleh biro maklumat Pas tidak mengulas.

"Saya menerimanya dan berdiam diri. Tetapi ini tidak adil. Mereka telah membuat komen dalam setiap isu Harakah dalam situasi kami tidak selesa dengan."

Apabila ditanya sama ada Lynas adalah benar-benar loji nuklear, Che Rosli berkata: "Saya malu Saya juga ahli Pas Jadi akhirnya, saya memutuskan, sebagai pakar nuklear, saya perlu tampil ke hadapan untuk bercakap..

"Biarlah orang bercakap yang mereka mahu," kata Che Rosli, yang memberi jaminan kepada rakyat di Kuantan bahawa mereka tidak perlu takut kehadiran loji.

Pada hari Jumaat, Che Rosli mengulangi bahawa loji itu adalah selamat dan projek perlu diteruskan selagi syarikat mematuhi piawaian keselamatan dan peraturan-peraturan yang ketat untuk memastikan kesihatan dan keselamatan penduduk telah dilindungi.

Che Rosli, seorang pakar dalam bidang sains nuklear, lulus dari sebuah universiti di United Kingdom.



info  berkaitan Lynas yang di ambil dari Blog Pemerhati Sempoi :
Link-->  http://ohpemerhati.blogspot.com/2012/02/lynas-pas-bagi-fakta-dap-pkr-bagi-auta.html


1) Projek Lynas merupakan satu kejayaan besar kerajaan dalam mendapatkan pelaburan dari luar negara dalam jumlah yang besar malah ianya dipersetujui serta diakui oleh pemimpin DAP Leong Ngah Ngah yang mana turut disiarkan dalam tabloid cina.

2) Dr. Che Rusli Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang mana merupakan pakar radioaktif juga mengatakan bahawa projek ini tidak berbahaya dan mengikut piawaian antarabangsa.

3) Loji Lynas yang dalam pembinaan di Gebeng dipasang dengan sensor radiasi dan peralatan terkini dalam mengendali pencemaran.

4) 12 kolam simpanan sementara yang dilapisi dengan plastik padat berdentisiti tinggi turut dibina dan diletakkan di dalam tanah akan dilapisi dengan tanah liat bagi membolehkan tempat simpanan tersebut kedap air yang mampu menahan tahap radioaktif sehingga ia dikeluarkan.

5) China menghasilkan 97% daripada bekalan dunia manakala Jepun merupakan pengimport terbesar Rare Earth. Ketika kedua negara ini mengalami perbalahan diplomatik China menggunakan logam berharga ini sebagai senjata untuk memaksa Jepun tunduk serta berdamai dengan mereka.

6) Dalam teknologi menghasilkan telefon pintar dan kereta hibrid produk Rare Earth merupakan sumber utama bagi Jepun. Kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada Rare Earth.

7) Rare Earth mengandungi tahap radioaktif yang paling rendah.

8) Lynas enggan meneruskan pelaburan mereka di China berikutan sekatan ke atas semua produk akhir. Manakala cukai import dan eksport untuk Rare Earth dikenakan sebanyak 25% selain sekatan juga turut dikenakan. Ini membuatkan harga bahan berkenaan berganda-ganda.

9) Sebelum komited untuk menempatkan pelaburan mereka di Malaysia Lynas telah pun menerima kelulusan untuk membina kilang Rare Earth mereka di Australia malah China juga turut memberi kelulusan yang sama. Walaupun ada kes di Boutou di mana tahap radiasi dilaporkan mencemari sumber air utama penduduk setempat.


10) Malaysia dipilih kerana lokasi strategik dengan pasaran, mempunyai akses kepada bahan kimia yang berkualiti tinggi, peralatan dan juga kemahiran teknikal yang miliki Malaysia diperakui oleh pihak Lynas.

11) Lokasi Pelabuhan Kuantan juga dilihat lebih strategik untuk aktiviti pemerdagangan, China tidak dipilih kerana lokasinya yang jauh dan tinggi jumlah cukai importnya manakala Australia lokasinya dilihat tidak strategik dari segi geografi.

12) Tempoh pengecualian cukai selama 12 tahun yang diberikan kerajaan adalah kerana status Lynas sebagai perintis Amoco dan WR Grace selain itu Lynas akan mempromosikan pelbagai produk industri pendokong di Malaysia yang merangkumi perabut, kimia baja dan lain-lain. Secara tidak langsung ianya memberi manfaat yang besar kepada industri peruncitan F&B di Malaysia.

13) Lynas juga telah bersepakat dengan lain syarikat untuk menukar produk sampah kepada konkrit. Tahap torium yang boleh diubah menjadi produk sampingan yang tidak berbahaya seperti agregat semen yang digunakan dalam pembangunan jalan.

14) Pembangkang yang diwakili Fuziah Salleh cuba untuk menghentikan Lynas dengan tujuan untuk menghilangkan keyakinan serta kepercayaan negara luar kepada negara dan bangsa Malaysia dengan ini Malaysia dilihat tidak mampu membuat keputusan walaupun ianya berdasarkan standard antarabangsa dan undang-undang.


15) Rang Persetujuan Perlesenan Lynas adalah dari Agensi Pusat di bawah MOSTI dan Perkhidmatan Industri dan Tenaga Atom Licensing Board (AELB) dan dipantau penuh oleh Agensi Tenaga Atom Sedunia (IAEA).

16) Kelulusan lesen kepada Lynas tiada kaitan dan kena mengena dengan Kerajaan Negeri Pahang.

17) Panel bebas daripada (IAEA) turut dilantik oleh kerajaan pusat berikutan timbul kebimbangan terhadap aspek keselamatan projek berkenaan. Seramai 10 orang pakar yang diakui arif dalam ilmu masing-masing dilantik menanggotai panel berkenaan yang dipimpin oleh Dr. Tero Varjoranta dari Finland di mana beliau merupakan Pengarah Bahagian Bahan Bakar Nuklear dan Teknologi Limbah IAEA.

18) Pakar-pakar iaitu Jan Van Der (Belanda), Dr. Leo M. Lowe (Kanada), Prof. Dr. Balagopala Pillai (India), Dr. Dennis Wymer (Inggeris), Scawela Ulric Hanna Kajander (Findland), Dr. Horts Monken Fernandes (Brazil) dan Hiroko Raticliffe yang bertindak sebagai pembantu pentadbiran.

19) Semua ahli panel yang dilantik ini mempunyai kepakaran khusus dalam perlindungan sinaran, penilaian keselamatan, pengurusan sisa, pengangkutan dan tindakan pembaikkan.

20) Misi pasukan ini adalah untuk mengkaji semula tahap pematuhan terhadap Piawaian Keselamatan Antrabangsa. Terutama berkaitan dengan tahap keselamatan radiasi.

21) Tahukah kita bahawa Indonesia, Vietnam dan Bangladesh yang merupakan negara lebih miskin dari Malaysia telah pun merancang untuk memulakan projek ini dimana mereka bakal mengendalikan loji nuklear sendiri menjelang 2020.

22) Bahan mentah yang digunakan oleh Asian Rare Earth di Bukit Merah ialah bahan 'Tin Mining Tailings' yang mana mana ianya berbeza dengan yang digunakan oleh Lynas. Di mana 'Tin Mining Tailings' ianya 50 kali lebih tinggi tahap radiasinya.

24) Rata-rata pekerja Lynas akan menerima 2 millisivert /setahun tahap radiasi dibandingkan dengan mereka yang merokok sekotak rokok sehari dimana ianya menerima 150 millisivert/setahun tahap radiasi.

25) Para pekerja di loji ini hanya menerima 10% radiasi tambahan sebagaimana diterima dalam kehidupan harian para juru x-ray perubatan dan pergigian.

Berdasarkan penerangan ringkas ini, maka wajarlah kita mempercayai bahawa individu dari kalangan kita tahap radiasinya lebih tinggi berbanding loji yang bakal dibina di Gebeng. Malah kawasan persekitaran ofis Fuziah Salleh juga saya difahamkan mengandungi tahap radiasi yang tinggi.

Dua orang dari pihak pembangkang yang mana seorangnya merupakan pakar radioaktif menyatakan projek Lynas adalah selamat. Siapa Fauziah Salleh untuk kita dengar cakap dia? Pakar atom? Pakar bom? Pakar nuklear? atau pun pakar memburukkan kerajaan?

lagi maklumat tentang Lynas di sini laman webRasmi Lembaga Perlesenan Tenaga Atom
Link-->  http://www.aelb.gov.my/aelb/malay/teks/index.asp

 CHARGAS BEB JANGAN KENE TIPU DENGAN AGEN ZIONIS ..!!!



sumber: Kosmos, Blog Pemerhati Sempoi , New Striats Time, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom


Tiada ulasan:

Catat Ulasan