Mini WaterFall Kemensah

Mini WaterFall Kemensah

Ahad, 12 Februari 2012

Setempek Anuar kene..amikaw:"Hj Hadi sokong Yahudi haram."



Setelah lama berdiam diri mengenai kenyataan Anuar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap Negara Israel dan menyokong Penyelesaian 2 Negara " Two State Solution" , haji Hadi bersuara melalui melalui blog http://presiden.pas.org.my. Presiden Pas itu menegaskan, adalah haram bagi mana-mana umat Islam menerima kewujudan negara Israel kerana telah menjadi fardu ain kepada orang Islam untuk membela serta membebaskan rakyat Palestin yang sekian lama dizalimi rejim zionis.
 Sehubungan itu, jelas beliau, Pas menolak penyelesaian dua negara dalam isu Palestin-Israel.

"Haram menerima kewujudan negara haram (Israel). Maka Pas yang berdasarkan Islam menolak penyelesaian dua negara iaitu satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis."Bagi kami, hanya satu negara Palestin sahaja bagi penduduknya yang berhak,"
 Bumi Palestin adalah salah satu daripada tiga tanah suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Palestin dimuliakan kerana ramai para rasul dilahirkan di situ dan terpijak di atasnya kaki-kaki para anbiya.

"Allah juga menjadikan kiblat pertama bagi umat Islam di bumi Palestin. Di sini juga tempat Isra' dan Mikraj, maka yang layak memakmurkan bumi Palestin ialah mereka yang beriman dan budiman (bukan golongan Zionis).
"Islam mewajibkan penganutnya memegang amanah memelihara bumi Palestin kerana banyak darah para syuhada dari kalangan nabi dan ulama dibunuh Yahudi menyebabkan mereka dilaknat Allah sehingga ke hari kiamat,

kata beliau sebagaimana dipetik dari laman blog tersebut.Nampaknya sekutu Anuar Ibrahim sendiri telah menetang kenyataan beliau dalam Wall Street Journal. ternyata Hj Hadi memilih kenyataan yang betul buat julung kalinya setelah lama diperkudakan Anuar Ibrahim sehingga terpaksa memecat Datuk Hassan Ali pada january lepas. kini gerakan PR telah berubah dan tidak lagi selari , masing -masing membawa agenda sendiri . jika kita benarkan mereka memerintah Malaysia alamat lingkup lah Negara ini.

apa pun Rimau ucapkan Tahniah buat Hj Hadi kerana berani bersuara demi Agama Islam dan kepentingan Negara dari terus dirosakan oleh Anuar Ibrahim.

"CHARGASKAN" PEMIKIRAN ANDA BUAT PILIHAN TERBAIK UNTUK NEGARA


sumber: Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan