Mini WaterFall Kemensah

Mini WaterFall Kemensah

Sabtu, 11 Februari 2012

KFC - DAP- DANNY jangan buat hal looo..



Kejadian Pekerja KFC i-Cty Shah Alam  membelasaha Pelangan bernama Danny Ng hebat diperkatakan , Rimau sengaja tidak membawa isu ini dari awal kerana ingin mendapat maklum balas dan melihat kes ini secara lebih terperinci melalui tindak balas dan maklumat yang sampai dan terkini.

Dalam Insiden seperti video di atas kelihatan Danny Ng dibelasah oleh Pekerja KFC , hasil maklumat di internet ia berpunca dari situasi KFC tersebut kekurangan bekalan ayam dan menyebabkan perkhidmatan layan KFC kepada pelangan menjadi lambat , ramai pelangan beratur mendapatkan layanan sementara kekurangan pekerja juga menjadikan suasana kerja bagi pekerja KFC tidak dapat memberikan layanan yang baik. maka dari awal salah pengurusan KFC yang megujudkan suasana perniagaan yang kurang elok.

Namun kita sebagai rakyat malaysia yang hidup dalam harmoni dan saling berkerjasama dan hormat menghormati antara satu sama lain, membuat provokasi dengan perkataan yang mengundang kemarahan bangsa lain adalah amat tidak boleh diterima. dalam kes KFC ini . Danny mendakwa pekerja KFC mengeluarkan perkataan " kalau mau makan . masak sendirilah BABI..!!", beliau berkata dalam sidang media bersama wakil NGO dan DAP. namun kenapa Danny tidak buat report Polis..? beliau berkata kerana tiada saksi yang mahu membantu tampil memberi keterangan dalam kejadian tersebut..

Sementara pelbagai raeksi dan tindak balas orang ramai didalam media dan blog memberi gambaran semasa kejadian tersebut menunjukan ada provokasi terdahulu dari Danny. mari kita lihat Video sebelum kejadian tersebut bagaimanakah pekerja KFC melayan pelangan dan mereka sebenarnya tidak melayan kerenah dan maki hamun Danny sebelum Provokasi melampau dengan perkatan "CIBAI MELAYU" diucapkan menurut maklumat orang ramai

situasi sebenar sebelum kejadian ,


 

Maklum balas orang ramai tentang kejadian 


Danny didakwa mengeluarkan provokasi dengan berkata "CIBAI MELAYU" . apakah wajar kerana marahkan perhidmatan KFC yang lembab . tapi maki hamun Bangsa Melayu.. apa salah Melayu..? kalau dah tau KFC disitu lambat ,kenapa tak pergi sahaja ke Outlet KFC yang lain. disekitar Shah Alam banyak Outlet KFC paling terdekat di Seksyen 7. atau Seksyen 2.

tengok macam mamat dalam Video bawah ni Okeh jer gi KFC



1Malaysia Negara Harmoni

kita sebagai rakyat Malaysia mendokong semangat harmoni dan tolenransi kaum seharusnya mengelakan pengunaan perkataan yang menghiris perasaan kaum lain. sebagai rakyat malaysia yang sudah matang dan hidup bersama kita mesti mengunakan pendekatan yang bijak dan berhemah ketika berurusan sesama kita Negara ini telah Merdeka selama 54 tahun telah menyaksikan kejadian 13 Mei yang dasyat namun kerajaan telah berupaya mengekang pergaduhan kaum dari merebak. kebijaksanaan kerajaan mengawal keadaan itu adalah antara faktor kita dapat hidup dengan tenang dan harmoni sekarang , dapat merasa kemakmuran Negara dan melakukan aktiviti harian , berniaga ,beribadah, menyambut hari kebesaran masing-masing dengan senang hati dan dapat berkongsi kejayaan bersama. elakan provokasi yang bakal menghancurkan Negara oleh kerana sempit dan Lembabnya pemikiran kita

DAP ambil Kesempatan Politikan Isu


Sementara itu DAP mengambil kesempatan dengan mempolitikan isu ini dengan cuba mengujudkan sentiment perkauman melalui PC bersama Danny. dalam PC tersebut DAP mempertahankan Danny mengatakan Danny telah diprovoke dengan perkataan " kalau mau makan . masak sendirilah BABI..!!" ,
namun DAP berat sebelah kerana lansung tidak mengambil keterangan dari pihak Pekerja KFC.

Apabila DAP masuk campur dalam kes ini, maka ia pun bertukar menjadi RACIST sepenuhnya. Dengan kecenderungan DAP untuk membuktikan bahawa Melayu-Bumiputera adalah pembuli di negara ini, DAP menerusi wakil mereka, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menafikan bahawa Danny Ng telah membuat provokasi sehingga menyebabkan dia ditumbuk oleh petugas KFC I-City.

Agak menarik untuk dilihat ialah apabila insiden berkenaan telah mencetuskan satu lagi kempen pemboikotan berasaskan perkauman yang digerakkan oleh cybertrooper-cybertrooper DAP di medan Internet. Reaksi-reaksi yang ditunjukkan rata-rata menyalahkan KFC yang mempunyai kepentingan Bumiputera. Sebaliknya insiden tersebut telah menggerakkan usaha untuk mengalihkan tumpuan pelanggan kepada SAINGAN KFC iaitu MCDONALD.

Mungkin ramai yang kurang menyedari, KFC yang dimiliki oleh QSR Brands yang mana ahli Lembaga Pengarahnya adalah hampir keseluruhannya Bumiputera-Islam, berbanding ahli Lembaga Pengarah dan teraju utama McDonalds Malaysia yang hampir tidak ada nama Melayu-Bumiputera di situ.

Dan kita dapat melihat strategi DAP yang sentiasa mencari peluang menghancurkan perniagaan Bumiputera dari KFC yang melibatkan Johor Corp, isu kedai Rakyat melibatkan Mydin , isu Roti Gardenia yang melibatkan Syed Mokhtar albukhary ,kes penjaja melayu di Komtar dihalau keluar oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang penghapusan sistem PKK (pusat Khidmat kontraktor) dan digantikan dengan M.O.F(Ministry of Finance) dalam sistem tawaran kerja di Selangor yang mana telah menguncupkan penyertaan Kontraktor Melayu secara mendadak selepas PR memerintah . hakikatnya DAP memang ada agenda melingkupkan ekonomi Bumiputra.

Sementara  Sdr Arman azha Hj Abu Hanifah yang menjadi jurucakap kepada SAM1M (Suara Anak Muda 1 malaysia) telah mengeluarkan kenyataan meminta nasib Pekerja KFC terlibat dibela dan memberi amaran kepada DAP agar jangan mengunakan isu ini untuk mengapi-apikan sentiment perkauman. Arman berkata:


"Gua harap nasib pekerja Melayu KFC terbabit akan dibela sepenuhnya.. DAP dah cuba politikan keadaan untuk timbulkan perpecahan kaum..!!
"CHARGASKAN" PEMIKIRAN ANDA SUPAYA KITA MAMPU MEMPERTAHANKAN KEHARMONIAN KAUM DI MALAYSIA
Sumber: Utusan . MPPonline, Melvister.com .Youtube
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan