Mini WaterFall Kemensah

Mini WaterFall Kemensah

Selasa, 31 Januari 2012

Anuar Ibrahim Sokong Negara Israel


Dulu Anuar kaitkan BN dengan Yahudi apabila kerajaan Malaysia mengunakan APCO sebagai perunding image Negara sedangkan didalam APCO hanya ada 2 pengarah Yahudi dari 38 orang tapi sekarang Anuar menyokong penuh setiap langkah memastikan keselamatan Negara Israel ,sikap Anuar yang kaki pembohong dalam Negara menabur fitnah keatas kerajaan Malaysia (BN) kini telah pecah tembelangnya apabila beliau mengeluarkan kenyataan tersebut dalam Wall Street Journal. malahan Duta Palestin ke Malaysia Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai “pelik dan ganjil” kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel.

sementara itu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan beliau tidak terkejut apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan lebih pro-Israel berbanding dengan Palestin.
“Dia (Anwar) tidak pernah menyebut tentang nasib rakyat Palestin … simpatinya terhadap perjuangan orang-orang Yahudi.

“Memang dia (Anwar) dekat dengan Israel sebab dia suka kalau orang Barat puji dia. Dia nak ternampak sebagai seorang yang moden yang ikut trend, sebaliknya kita anggap dia sebagai lapuk,” katanya.
Katanya, Anwar mempunyai hubungan rapat dengan ramai anggota kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi.

“Saya tak hairan kerana saya tahu dia (Anwar) sangat rapat dengan mereka (Israel). Dia amat mesra dengan ramai anggota Kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi.

“Anwar tidak keliru, dia memang dekat dengan Israel. Apabila dia keluar dari penjara pada tahun 2004, dia telah bertemu dengan (Paul) Wolfowitz di Munich, Jerman, selama tiga jam, “, katanya.

Paul Wolfowitz adalah bekas penolong Setiausaha Pertahan Amerika Syarikat (AS) dan Presiden Bank Dunia, adalah berketurunan Yahudi.

Tokoh zionis yang digelar ‘Arkitek Perang Dunia Islam’ itu semasa mempengerusikan ‘A Presidential Fellows Lecture, Anwar Ibrahim‘, di Bank Dunia pada 19 Jun 2006 turut mengesahkan Ketua Umum PKR itu adalah ‘kawan rapat‘ yang dikenali sejak akhir tahun 1990-an.
maka jika Wall stret Journal salah maka beberapa cabaran telah dibuat agar Anuar Ibrahim menyaman Wall street Journal. namun seperti kes Liwatnya sehingga kini Anuar masih tak berani menyaman Datuk T , walau dicabar berulang kali , begitu juga dengan laporan Wall Street Journal. Kerana pekara yang benar tak akan mampu ditutup. Pas menjadi mangsa diperkudakan dan di mutasikan oleh Anuar sehingga kumpulan Anuarism yang telah menguasai PAS sanggup mendesak Hj Hadi memecat Datok Hasssan Ali,
Anuar Ibrahim adalah Penyakit Negara yang perlu dibuang segera sebelum dia memutasikan lagi ramai rakyat malaysia yang tidak bersalah demi agenda kepentingan diri beliau di Negara tercinta ini.
"Anuar Ibrahim harus bertaubat"-Karpal Singh ( peguam Umi hafilda dan azizan 1997)

Isnin, 30 Januari 2012

Hasan Ali Dakwa Pemimpin Pas Tak Perjuang Isu Akidah



Datuk Hassan Ali telah dipecat dari menjadi Exco Adat istiadat Melayu dan Agama Islam Negeri selangor dan juga sebagai Ahli PAS hanya kerana beliau menjalankan Tangung jawab beliau sebagai pemimpin yang dipilih dan orang islam yang diberi mandat menjaga kesucian agama islam dan kepentingan orang melayu.

Tindakan beliau menyerbu permis-permis yang menjual Arak serta kelab Malam yang beroperasi dikawasan majori melayu serta mengujudkan keraguan dan juga sebuah Gereja yang dipercayaai memurtadkan orang Islam telah mengundang padah kepada beliau .

Tambahan pula beliau yang mengajurkan Himpunan Sejuta Umat bagi memberi kesedaran kepada orang Islam tentang gejala murtad yang berluluasa telah tidak disokong oleh parti PAS , ironisnya Parti PAS menyokong Bersih 2.0 dan juga Himpunan 901 yang nyata tidak membawa faedah kepada pemartabatan nilai-nilai Islam malahan membawa kerosakan intergriti masyarakat malaysia dan Islam khususnya yang menolak kekacauwan dan permusuhan sesama insan. sikap PAS yang menjadi kuda tungangan PKR dan DAP serta dasar PAS yang telah diresapi parasit-parasit Anuarisma membuktikan PAS hanya bermain Retorik bila bercerita tentang perjuangan Islam. Kebodohan pemimpin PAS yang tidak tahu membezakan Perjuagan yang iklas dan berkesan dan tidak mencontohi kepimpinan Rasulllulah dalam melaksanakan Dakwah Islamiah sungguh ketara tampaknya dalam setiap tindakan mereka.
kehancuran PAS bakal menjelama apabila golongan Anuarism ini terus merosakan PAS dari dalam yang sudah sedia rosak dengan pemikiran jumud mereka.

hanya UMNO yang telah berjaya memartabatkan Islam dengan cara yang sungguh berhikmah dan perlaksanaan yang bijaksana.

Mencari Pendekar Melayu Mellinuem



Pendekar dalam definasi Melayu dahulu

Adalah seorang yg gagah berani , setia ,pintar

dan adil berkuasa Seorang yg menjadi pemangkin

kesejahteraan Rakyat dan pengikutnya

Nama-nama seperti hang Tuah 5 bersaudara

Pahlawan melaka yg gagah setia dan berani serta pintar

dan Sultan Allaudin Riayat Shah Sultan Melaka yg

mashur dgn kebijaksanaan dan keadilan.

Kini zaman telah berubah, Definasi Pendekar juga turut berubah. Kini kita perlukan pendekar melayu yang bukan sahaja gagah berani , setia dan adil , namun lebih dari itu . pendekar tersebut juga haruslah punya kriteria menjadi pemangkin dalam kekuatan Ekonomi orang-orang melayu

Mencitpta ruang dan peluang , kebangkitan ekonomi melayu, memberi suntikan dan semangat kepada agenda

Ekonomi melayu. Mendidik bangsa melayu dan memperkasa minda melayu untuk melihat kepentingan ekonomi sebagai alatan penting dalam menjaga Agama

Bangsa dan Tanah air

Mendamaikan yang bertelagah , menghentikan sandiwara politik murahan yang tiada kesudahan , yang merugikan

Agama ,Bangsa dan Tanah Air.

Keujudan professional melayu wajar memangkin akan keperluan ini. Jika dulu tak ramai yang layak memegang jawatan Pendekar melayu. Nah sekarang begitu ramai yang punya kelayakan tersebut. Apa lagi buka lah pencak silat mu wahai pendekar.. bangsa mu menanti akan pembelaan mu..

Bangkitlah Melayu

-Dedikasi kepada Tun Dr Mahathir Mohhamad

Apa Pas buat 20 tahun perintah Kelantan?


Kerajaan Pusat telah menyalurkan peruntukkan RM393.4 juta untuk mengadakan pelbagai projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, projek itu dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada rakyat di kawasan ini biarpun ia terletak jauh dari pusat bandar.

Pada masa yang sama, beliau mencabar kerajaan negeri menunjukkan pembangunan yang dilakukan oleh mereka untuk membantu rakyat di kawasan itu.

"Saya ingin tanya apakah yang dilakukan kerajaan Pas Kelantan untuk bantu rakyat. Jangan asyik salahkan orang dan kata pembangunan tugas Kerajaan Pusat sahaja, mereka (Pas) juga kerajaan, sudah 20 tahun perintah apa mereka buat," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, projek-projek yang dilaksanakan itu jelas membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) amat prihatin dengan nasib rakyat di sini.

Katanya, usaha untuk membantu penduduk di sini akan hanya dapat diteruskan sekiranya rakyat memberi kepercayaan kepada BN.

"Ini semua adalah usaha Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Dewan Undangan Negeri BN serta kepimpinan UMNO yang lain untuk rakyat.

"Peruntukkan ini hanya untuk tempoh dua tahun sahaja, sebenarnya banyak lagi yang kita lakukan, ini merupakan sebahagian daripada itu," katanya.

http://ahmadmaslan.blogspot.com/2010/11/apa-pas-buat-20-tahun-perintah-kelantan.html

RON95 & RON97


Banyak isu tentang RON95 & RON97 didebatkan sampai ade yang nak terjun laut pun ade. Pertama sekali untuk membezakan keduanya asas pemahaman tentang kandungan dalam petrol dari segi kimia perlu ada. Beberapa persoalan yang sering ditanya:



1) Apa yang dimaksudkan dengan RON?

RON didefinisikan sebagai Research Octane Rating.

2) Apa itu octane?

Banyak kita dengar tentang ontane dalam petrol & bagaimana semakin tinggi RON semakin baik performance sesuatu enjin . Octane rating tidak bermaksud kandungan tenaga yang ada dalam petrol tetapi ia lebih kepada ukuran pembakaran petrol dalam keadaan yang terkawal ataupun ketahanan bahan api petrol daripada meletup tak tentu pasal. Secara ringkasnye kandungan octane terdiri daripada;

C8H8 dimana C= karbon & H = Hidrogen--->menjadi bahan bakar di dalam enjin anda

RON 95 & RON97 dibezakan oleh nisbah campuran octane & heptane; salah satu kandungan standard yang dalam bahan api petrol..

RON95 = campuran 95% octane & 5% heptanes

RON97 = campuran 97% octane & 35 heptanes

Disini dapat lihat semakin tinggi peratusan octane atau RON tersebut semakin baik performance enjin. Tetapi harus diingat tak semua RON sesuai untuk semua jenis kereta..RON yang tinggi lebih sesuai dengan enjin berkuasa tinggi seperti sports car. Penggunaan minyak RON yang betul berdasarkan rekabentuk enjin & penyesuaian enjin dgn bahan api yang akan memaksimakan performance & keberkesanan kenderaan itu. Bagaimana untuk mengenalpasti RON yangsesuai untuk kereta? Biasanya ade terdapat pelekat di penutup tangki minyak,ataupun pada manual kea tau pun dah tak tau sangat tanya pada pengeluar kereta.

Sekiranya kereta anda hanya memerlukan minyak RON yang rendah tetapi anda menggunakan MINyak RON yang tinggi ape yang anda dapat hanya pembaziran sahaja KERANA semakin tinggi RON itu ia tak bermaksud minyak itu sangat hebat,boleh menjadikan kancil memecut seperti ferarri. Semakin tinggi RON itu semakin sukar untuk proses pembakaran bahan api dan semestinya harganya juga turut meningkat. Yang orang bising-bising macam langit nak runtuh bila RON97 naik apehal. Tak mati pun kalau pakai RON95. Agaknya kalau ada RON100 kat Malaysia berduyun2 rakyat Malaysia nak guna tanpa fikirkan kesesuaian dengan enjin kenderaan

p/s : RON95 lebih mesra alam berbanding RON97. Bahan tambah yang diletakkan dalam RON95 menghasilkan pembakaran yang lebih bersih. Ape2 pun penggunaan petrol tetap juga mencemarkan alam. Beza Cuma sikit atau banyak..