Mini WaterFall Kemensah

Mini WaterFall Kemensah

Isnin, 30 Januari 2012

RON95 & RON97


Banyak isu tentang RON95 & RON97 didebatkan sampai ade yang nak terjun laut pun ade. Pertama sekali untuk membezakan keduanya asas pemahaman tentang kandungan dalam petrol dari segi kimia perlu ada. Beberapa persoalan yang sering ditanya:



1) Apa yang dimaksudkan dengan RON?

RON didefinisikan sebagai Research Octane Rating.

2) Apa itu octane?

Banyak kita dengar tentang ontane dalam petrol & bagaimana semakin tinggi RON semakin baik performance sesuatu enjin . Octane rating tidak bermaksud kandungan tenaga yang ada dalam petrol tetapi ia lebih kepada ukuran pembakaran petrol dalam keadaan yang terkawal ataupun ketahanan bahan api petrol daripada meletup tak tentu pasal. Secara ringkasnye kandungan octane terdiri daripada;

C8H8 dimana C= karbon & H = Hidrogen--->menjadi bahan bakar di dalam enjin anda

RON 95 & RON97 dibezakan oleh nisbah campuran octane & heptane; salah satu kandungan standard yang dalam bahan api petrol..

RON95 = campuran 95% octane & 5% heptanes

RON97 = campuran 97% octane & 35 heptanes

Disini dapat lihat semakin tinggi peratusan octane atau RON tersebut semakin baik performance enjin. Tetapi harus diingat tak semua RON sesuai untuk semua jenis kereta..RON yang tinggi lebih sesuai dengan enjin berkuasa tinggi seperti sports car. Penggunaan minyak RON yang betul berdasarkan rekabentuk enjin & penyesuaian enjin dgn bahan api yang akan memaksimakan performance & keberkesanan kenderaan itu. Bagaimana untuk mengenalpasti RON yangsesuai untuk kereta? Biasanya ade terdapat pelekat di penutup tangki minyak,ataupun pada manual kea tau pun dah tak tau sangat tanya pada pengeluar kereta.

Sekiranya kereta anda hanya memerlukan minyak RON yang rendah tetapi anda menggunakan MINyak RON yang tinggi ape yang anda dapat hanya pembaziran sahaja KERANA semakin tinggi RON itu ia tak bermaksud minyak itu sangat hebat,boleh menjadikan kancil memecut seperti ferarri. Semakin tinggi RON itu semakin sukar untuk proses pembakaran bahan api dan semestinya harganya juga turut meningkat. Yang orang bising-bising macam langit nak runtuh bila RON97 naik apehal. Tak mati pun kalau pakai RON95. Agaknya kalau ada RON100 kat Malaysia berduyun2 rakyat Malaysia nak guna tanpa fikirkan kesesuaian dengan enjin kenderaan

p/s : RON95 lebih mesra alam berbanding RON97. Bahan tambah yang diletakkan dalam RON95 menghasilkan pembakaran yang lebih bersih. Ape2 pun penggunaan petrol tetap juga mencemarkan alam. Beza Cuma sikit atau banyak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan