Mini WaterFall Kemensah

Mini WaterFall Kemensah

Isnin, 30 Januari 2012

Apa Pas buat 20 tahun perintah Kelantan?


Kerajaan Pusat telah menyalurkan peruntukkan RM393.4 juta untuk mengadakan pelbagai projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, projek itu dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada rakyat di kawasan ini biarpun ia terletak jauh dari pusat bandar.

Pada masa yang sama, beliau mencabar kerajaan negeri menunjukkan pembangunan yang dilakukan oleh mereka untuk membantu rakyat di kawasan itu.

"Saya ingin tanya apakah yang dilakukan kerajaan Pas Kelantan untuk bantu rakyat. Jangan asyik salahkan orang dan kata pembangunan tugas Kerajaan Pusat sahaja, mereka (Pas) juga kerajaan, sudah 20 tahun perintah apa mereka buat," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, projek-projek yang dilaksanakan itu jelas membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) amat prihatin dengan nasib rakyat di sini.

Katanya, usaha untuk membantu penduduk di sini akan hanya dapat diteruskan sekiranya rakyat memberi kepercayaan kepada BN.

"Ini semua adalah usaha Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Dewan Undangan Negeri BN serta kepimpinan UMNO yang lain untuk rakyat.

"Peruntukkan ini hanya untuk tempoh dua tahun sahaja, sebenarnya banyak lagi yang kita lakukan, ini merupakan sebahagian daripada itu," katanya.

http://ahmadmaslan.blogspot.com/2010/11/apa-pas-buat-20-tahun-perintah-kelantan.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan