Mini WaterFall Kemensah

Mini WaterFall Kemensah

Sabtu, 11 Februari 2012

MURAH..MURAH..MAI BELI ,AH BENG JUAL TANAH PULAU PINANG





Berita Harian melaporkan UMNO Pulau Pinang meminta Lim Guan Eng menjelaskan mengenai isu penjualan Tanah seluas 41.6 hektar kepada sebuah syarikat swasta dengan harga RM 1.1 Billion. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Zainal Abidin Osman juga meminta Lim memberikan alasan kenapa tanah tebus guna yang luas itu tidak dimajukan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang juga pemilik tanah itu sendiri

                          
View Larger Map

sesuatu yang ganjil apabila Lim Guan Eng menjual Tanah di kawasan "Bayan Mutiara" ini amat bernilai tinggi. namun dijual dengan harga yang sangat rendah ,kawasan itu sangat strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

dimaklumkan nilai kawasan sekitar Bayan Mutiara seperti di Queens Bay sendiri bernilai dua kali ganda dari dari harga jualan Tanah Bayan Mutiara yang dijual oleh Lim Guan Eng. 

tindak tanduk Lim Guan Eng menjual tanah tersebut secara tergesa-gesa dengan nilai yang amat rendah mengundang beberapa persoalan dan kemusykilan.

Antara pekara yang dipersoalkan oleh Datuk zainal adalah

1. Tiada Perunding awam yang terbabit dalam melibatkan yang berkepentingan semasa menjual Tanah Milik kerajaan Negeri.

2.Kerajaan Negeri terburu-buru menjual Tanah tanpa membuat penilaian jangka Panjang harga Tanah

beliau juga berkata
Jika tanah itu dimajukan secara berperingkat,  harganya akan melambung sehingga RM10 bilion tetapi kerajaan telah membuat keputusan kurang bijak apabila menjualnya dengan harga RM1.1 bilion dan memberi keistimewaan kepada syarikat berkenaan untuk membayarnya secara berperingkat sehingga lima tahun.  kaedah jual-beli itu menguntungkan syarikat kerana tanah itu akan dimajukan secara berperingkat dan pemaju hanya perlu membayar kepada kerajaan negeri secara berperingkat juga. 
"Secara mudahnya, setelah mendapat duit daripada pembeli bangunan yang dimajukannya dan nilai hartanah itu pula akan terus meningkat,"
3. Berdasarkan kepada maklumat, kerajaan negeri hanya membuat penilaian harga tanah itu selepas beberapa bulan menawarkannya kepada syarikat berkenaan dan tanah itu dijual secara pegangan bebas sedangkan menurut dasar kerajaan, tanah milik kerajaan hendaklah dijual secara pajakan sahaja.kenapa dijual sebagai pegangan bebas dan bukan Pajakan ..?

selain dari persoalan Datuk Zainal itu , ia juga mengundang persoalan kepada kita.

4. Kenapakah PDC sendiri tidak memajukan tanah tersebut sedangkan PDC sebelum ini semasa Pemerintahan BN mempunyai kepakaran dan keewangan untuk membangunkan Tanah Milik kerajaan Negeri utuk kemajuan dan faedah kepada Rakyat Pulau Pinang.

5. Adakah Lim Guan Eng sedang menyediakan rancangan pemilikan harta dan Dana politik sementara ada hayat pentabiran DAP di Pulau Pinang..?

6. Dimanakah kepentingan Rakyat diletak diatas penjualan Tanah milik kerajaan Negeri ini.? langsung tiada difikirkan oleh Lim Guan Eng.

Trend menjual  Aset dan tanah  atau memajak kerajaan negeri secara tergesa-gesa ini semakin menjadi-jadi didalam Kerajaan Pakatan sekarang. baik di Selangor , Kedah dan Pulau Pinang. hanya baru sepengal Pakatan memerintah habis semua dijual dan dipajak yang akan mengakibatkan kerugian yang besar kepada Rakyat untuk jangka masa panjang. namun menifesto mereka Negara Kebajikan sehingga sekarang tidak dilaksanakan.

sebagai contoh di Pulau Pinang dimanakah Perumahan Kos Rendah yang dibuat oleh kerajaan Negeri  DAP.?
sehingga kini tiada. hanya janji yang tak akan tertunai sehingga lah kita semua hendak mengundi balik pada PRU13 ini. 

"CHARGASKAN" PEMIKIRAN KITA AGAR TIDAK LAGI DITIPU OLEH MEREKA.

sumber: Berita Harian

2 ulasan:

  1. Askm...mnta tuan punya blog tolong linkkan blog sy ke laman tuan...kerana kita juga mempunyai satu perjuangan yang sama...
    mkedah.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. muaalikumsalam.

      alhamdullilah saya telah Link blog tuan..perjuangan belum selesai. bersatu kita teguh.insyallah.

      Padam