CONTOH PILIHANRAYA TERBAIK
1. Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, beliau difahamkan negara UKRAINE berhasrat untuk menghantar beberapa orang ahli parlimennya ke sini untuk mencontohi cara Malaysia mengadakan pilihan raya.
"Ukraine menganggap pilihan raya di Malaysia merupakan pilihan raya yang memenuhi syarat-syarat demokrasi di mata dunia," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Duta Besar Ukraine di Malaysia Ihor Humennyi di Bangunan Parlimen di sini Selasa.
Ihor Humennyi, 54, yang sebelum ini merupakan Duta Besar Mutlak dan Istimewa ke Thailand, adalah antara tujuh duta asing yang mempersembahkan surat cara pelantikan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 18 Oktober lalu.
KERAJAAN DEMOKARSI YANG SEGAR DAN KESETABILAN POLITIK SERTA EKONOMI
2.Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Malaysia diperakui sebagai sebuah negara Islam contoh oleh negara-negara luar serta pemimpin mereka seperti Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kemajuan ekonomi dan kestabilan politik yang dinikmati oleh rakyat Malaysia hari ini hasil keberkesanan pemerintahan kerajaan yang diterajui oleh BN.
"Ketika saya melawat Amerika Syarikat baru-baru ini, Hillary Clinton sendiri menyatakan kekaguman di atas pencapaian Malaysia dari segi keberkesanan kerajaan, demokrasi yang segar dan pertumbuhan ekonomi yang pesat," katanya.
MODEL NEGARA ISLAM PROGRESIF
3. KUALA LUMPUR 2hb Jan 2010 : Arab Saudi menganggap Malaysia sebagai model negara Islam progresif yang wajar dicontohi oleh negara-negara membangun lain. Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini hari ini mengenai lawatan dua hari Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ke Arab Saudi, menjelaskan bahawa kerajaan Saudi menyatakan puas hati terhadap hubungan bilateral yang wujud sekarang antara kedua-dua negara dan komited untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dalam bidang lain. Semalam, Anifah mengunjungi Menteri Kewangan Arab Saudi Ibrahim Abdul-Aziz al-Assaf, Menteri Luar Putera Saud al-Faisal Abdulaziz, dan Timbalan Perdana Menteri Kedua Putera Nayef Abdulaziz al-Saud. Pada pertemuan dengan Putera Saud, isu Palestin dan perkembangan politik dan keselamatan di rantau berkenaan baru-baru ini yang memberi kesan kepada Arab Saudi dan negara-negara Islam menjadi topik utama dibincangkan.
PUNYAI PEMIMPIN YANG HEBAT KEMAJUAN DALAM SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT
4. KUALA LUMPUR 12 Jan. - Malaysia merupakan contoh terbaik kepada negara-negara anggota ASEAN kerana memiliki kepimpinan yang hebat serta kemajuan dalam pembangunan sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Timbalan Menteri Koordinasi Polisi, Kementerian Urusan Dalaman dan Komunikasi Jepun, Tetsuo Yamakawa berkata, beberapa tahun kebelakangan ini Malaysia telah muncul dengan dasar serta polisi yang berkualiti dalam usaha memajukan sektor ICT.
Katanya, kewujudan Cyberjaya merupakan bukti kemampuan Malaysia menerajui pembangunan ICT di rantau ASEAN.
''Malaysia telah mencapai tahap kemajuan ICT yang mana negara ini mengatasi negara-negara anggota ASEAN lain. Jadi, Malaysia perlu segera membiasakan diri dengan kemajuan ICT ini agar dapat membantu negara ini menjadi negara maju.
''Jepun berharap dapat membantu Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih baik terutamanya di dalam pembangunan sektor ICT dan sewajarnya menjadi contoh kepada negara-negara anggota ASEAN," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat tertutup Mesyuarat Pegawai Kanan Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat (TELSOM) ASEAN ke-11 bersama wakil Jepun di sini hari ini.
CONTOH DAN IKUTAN KEPADA NEGARA KETIGA
5. KUALA LUMPUR 31 Ogos – Malaysia muncul sebagai negara contoh yang wajar diikuti oleh negara-negara lain dunia ketiga, kata Duta Besar Senegal Abdel Kader Pierre Fall hari ini.
Katanya, Malaysia berjaya mara ke depan sebagai negara paling cepat membangun sekalipun menghadapi persaingan hebat dalam pelbagai aspek dari negara-negara Barat.
“Ini perayaan yang amat gemilang. Saya cukup tertarik... dan Malaysia telah mencapai banyak kejayaan. Dari segi pembangunan ekonomi, ia menunjukkan kepada kami contoh yang cukup menjanjikan dan saya gembira melihat Malaysia telah membina hubungan yang amat baik dengan negara-negara Afrika,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri upacara sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara di Dataran Merdeka di sini.
Kuasa Usaha Romania di Malaysia, Viorel Mosanu berkata, Malaysia telah memainkan peranan amat penting dalam ASEAN.
“Dari suara kecil, Malaysia berkembang menjadi satu kuasa yang begitu diiktiraf dalam mengemukakan isu-isu ASEAN. Bukan saja itu, pendirian Malaysia dalam banyak peristiwa dunia membolehkannya mendapat banyak perhatian daripada kuasa-kuasa besar,” ujar beliau.
CONTOH DALAM KEJAYAAN PENDIDIKAN
6. PARIS 2 April – Kejayaan Malaysia dalam pendidikan memberikan contoh kepada negara-negara lain, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) Koichiro Matsuura di sini hari ini.
Beliau yang menganggap kejayaan sejak kemerdekaan negara itu sebagai sesuatu yang hebat berkata, perkembangan itu dilakukan di dalam banyak bidang penting.
Beliau memberi contoh mengenai kemasukan ke sekolah rendah di Malaysia yang mencapai lebih 90 peratus manakala kemasukan kanak-kanak itu mempunyai jangkaan kehadiran di sekolah yang tinggi menghampiri kadar keciciran sifar.
“Ini menunjukkan kejayaan bukan hanya mengembangkan akses kepada pendidikan tetapi juga dalam menyediakan pendidikan yang berkualiti tinggi,” katanya pada majlis perasmian pameran bertajuk Meraikan 50 Tahun Kejayaan Pendidikan Malaysia bersama Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di ibu pejabat Unesco.
MENJADI CONTOH KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA LUAR
7. DILI 27 Mei - Pemerintah Timor Timur akan menjadikan Malaysia sebagai negara contoh dalam usaha membangunkan negara yang baru mengisytiharkan kemerdekaan secara rasmi pada 20 Mei lalu.
Menteri Kanan yang juga Menteri Luar dan Kerjasama Timor Timur, Dr. Jose Ramos Horta berkata, pemerintah negara ini berharap kerajaan Malaysia akan meneruskan sumbangannya untuk membantu Timor Timur dalam pelbagai bidang.
Dalam pertemuan khas dengan Utusan Malaysia di sini hari ini, beliau berkata, pemerintah negara itu amat mengagumi kejayaan dan pencapaian Malaysia.
``Malaysia adalah negara contoh bagi kami, oleh itu kerjasama yang berterusan dalam pelbagai bidang amat diperlukan oleh sebuah negara baru seperti kami,'' katanya.
orta berkata, pemerintah Timor Timur menghormati kejayaan Malaysia dalam memulih dan membangunkan ekonominya.
``Selain itu, kita kagum dengan keupayaan pemimpin Malaysia membangunkan negara melalui dasar negara yang bebas tanpa bergantung kepada mana-mana pihak.
``Justeru kita amat mengharapkan sokongan dan bantuan yang diberikan oleh Malaysia sekarang akan berterusan terutamanya dalam soal ekonomi serta pendidikan,'' katanya
INI ADALAH SEDIKIT SEBANYAK PENGIKTIRAFAN ORANG LAUR TERHADAP MALAYSIA, NAMUN MASIH ADA RAKYAT MALAYSIA YANG TERTIPU DENGAN DAKYAH PKR , DAP DAN PAS (PR) DAN TIDAK DAPAT BERFIKIR SERTA BERSYUKUR YANG SEBENARNYA MEREKA HIDUP DINEGARA YANG DICEMBURUI OLEH ORANG LUAR KERANA , KEMAJUANNYA , KEMAKMURANYA DAN KESENANGANNYA YANG DIBINA OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL UNTUK RAKYAT MALAYSIA.. MARILAH KITA “CHARGASKAN” PEMIKIRAN KITA SUPAYA KITA SEDAR AKAN NIKMAT YANG KITA KECAPI.
Sumber: Arkib Utusan Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan