Mini WaterFall Kemensah

Mini WaterFall Kemensah

Rabu, 1 Februari 2012

MARA SATU AGENSI PEMBANGUNAN DAN PERJUANGAN



Mara adalah sinonim dengan orang melayu , Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.

Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan,menggalakkan,memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.

kini Mara melangkah jauh maju dan rancak mengembeling idea dan tenaga memperluaskan lagi aktiviti membangunkan 3 sektor pembangunan utama iaitu Pendidikan , keusahawanan dan perdagangan. namun jangan pula kita silap , MARA bukan badan membuat keuntungan , MARA adalah badan yang membantu dari segi Nasihat , kewangaan , kepakaran dan pemudahcara kepada Rakyat dan Orang melayu , Mara adalah 1 idea perjuangan UMNO yang ingin membantu orang Melayu Khususnya , dari segi Pendidikan MARA menjuarai dalam melahirkan Pakar-Pakar Pengurusan Melayu melalui sekolah-sekolah dan Institusi Pengajian Tingginya , iaitu MRSM maktab rendah sains Mara dan UITM .

orang melayu harus sedar akan aset pembangunan khas ini dibawah akta perlembagaan 153 dan 152 yang memberi faedah kepada orang melayu ,

walau bagaimana pun MARA tidaklah menolak terus dalam membatu rakyat bukan melayu , ini dibuktikan dengan kemasukan 20 peratus bangsa asing di UITM dan MRSM.

sebagai rakyat malaysia dan bangsa Melayu kita harus sedar langkah UMNO memastikan kelansungan hidup bangsa Melayu dan agama Islam terus utuh di malaysia melalui cetussan idea dan perlaksanaan yang menjaga kepentingan bangsa Melayu . agama Islam dan Negara

"Chargas" kan Pemikiran anda supaya anda dapat melihat akan apa yang anda kecapi sehingga kini.

Syabas Mara..

UMNO terus MARA untuk rakyat Malaysia

http://www.mara.gov.my


Tiada ulasan:

Catat Ulasan