Tangan-tangan ghaib disebalik Pro-M dalam PRK UIA telah menjelma... kini selama ini Pro-M mendakwa UMNO masuk campur tetapi sebaliknya...Pakatan Haram yang taja Pro-M..isk-isk...
lihat kenapa Harakah begitu sibuk berkempen untuk Pro-M dan PRK UIAM..???
jelas kelihatan tunjang Pakatan Haram berlegar dikampus..apakah ini yang Pro-M kata kan telus..??? jangan menjadi Mahasiswa pembohong dan penipu..bukan itu tujuan Ibu bapa anda hantar anda ke menara gading..jangan tujukan kebodohan anda kepada umum , memalukan sebagai seorang yang di iktiraf intelek melakukan kerja-kerja bodoh ikutan..mudah dipergunakan oleh anasir negetif.
kasihanlah usaha dan harapan keluarga anda , jangan ikut jejak Azmin Ali..hidup anda tak selamat wahai Mahasiswa harapan ku..
Mini WaterFall Kemensah

Rabu, 19 September 2012
PRK-UIA. Pro-M main kotor
Apabila Pilihanraya Kampus jadi gelangang kader-kader pakatan haram menunjukan bakat mereka, maka tektik dan strategi mereka sama apa yang Mentor mereka lakukan. namun apa yang menjengkelkan ia menjadi budaya yang bakal menghancurkan keIntelektulan para mahasiswa , malahan ada Mahasiswa yang merasa mereka diperalatkan oleh kumpulan Pro-M dan rufaqa' iaitu kumpulan mahasiswa yang pro pembangkang..
sila baca link ini-- http://kacamataiium.blogspot.com/ dan http://akusayanguiam.blogspot.com/
Beberapa insiden ugutan dikesan berlaku di UIA-Kuantan, kejadian penipuan dan penyebaran surat yang kononnya datang arahan dari UMNO disebarkan diseluruh UIA..namun jika dilihat dari gambar diatas perkataan keadilan yang merujuk kepada PKR dan warna Oren yang merujuk kepada Pakatan Haram jelas menunjukan mahasiswa Pro-M dan rufaqa'adalah tajaan pembangkang..
apakah bodoh perbuatan ini kerana tiada surat pun perlu dibuat jika ia arahan UMNO..mereka menunding jari dan menabur fitnah seperti biasa Mentor mereka diluar lakukan terhadap surat khabar utusan , mengedit surat khabar utusan tentang cincin Rosmah..setelah dikenal pasti sebagai palsu..dan isu ini dibawa oleh che gu Bard sehingga kini mereka tak pernah memohon maaf..kini taktik yang sama di lakukan di dalam PRK UIA..
budaya penyebaran fitnah dan ugutan berleluasa dilakukan oleh kumpulan yang kononnya Pro Islam ini..bercakap dengan kata-kata Al-Quran dan Hadis namun isi nya dalah lidah-lidah syaitan yang direjam..
sila baca link ini-- http://kacamataiium.blogspot.com/ dan http://akusayanguiam.blogspot.com/
Beberapa insiden ugutan dikesan berlaku di UIA-Kuantan, kejadian penipuan dan penyebaran surat yang kononnya datang arahan dari UMNO disebarkan diseluruh UIA..namun jika dilihat dari gambar diatas perkataan keadilan yang merujuk kepada PKR dan warna Oren yang merujuk kepada Pakatan Haram jelas menunjukan mahasiswa Pro-M dan rufaqa'adalah tajaan pembangkang..
apakah bodoh perbuatan ini kerana tiada surat pun perlu dibuat jika ia arahan UMNO..mereka menunding jari dan menabur fitnah seperti biasa Mentor mereka diluar lakukan terhadap surat khabar utusan , mengedit surat khabar utusan tentang cincin Rosmah..setelah dikenal pasti sebagai palsu..dan isu ini dibawa oleh che gu Bard sehingga kini mereka tak pernah memohon maaf..kini taktik yang sama di lakukan di dalam PRK UIA..
budaya penyebaran fitnah dan ugutan berleluasa dilakukan oleh kumpulan yang kononnya Pro Islam ini..bercakap dengan kata-kata Al-Quran dan Hadis namun isi nya dalah lidah-lidah syaitan yang direjam..
Letter from Dr. Chandra Muzaffar
NATIONAL UNITY: THE CORPORATE SECTOR’S GREATEST SOCIAL RESPONSIBILITY
My colleague and friend, Tan Sri Lee Lam Thye, is right in urging the corporate sector to do more to promote national unity (NST Letters September 12).There are at least five reasons why well-heeled private companies should provide more substantial and sustained financial assistance to endeavours by citizen groups on behalf of this national mission of ours.
One, efforts by citizen groups are as important as state initiated policies and programmes to achieve national unity since real unity is possible only if the people develop empathy for one another regardless of cultural and religious differences. To achieve such empathy, citizen groups themselves --- rather than the State---- should pioneer a variety of unity oriented activities at the community level.
Two, to do this citizen groups which are by and large limited in their financial resources need support. The State cannot be expected to assist citizen groups on its own given its financial constraints. Besides, it may not be wise for citizens groups to depend too much on the State. On concerns such as national unity, citizen groups should exercise a degree of independence in their positions. This is why local private sector support is vital.
Three, it is important to emphasize local private sector support since foreign funding for national unity programmes may not be in the larger interest of the nation. National unity is one area where Malaysians should exercise total sovereignty in determining the destiny of the nation.
Four, the private sector should realize that supporting independent citizen initiatives on unity is not like supporting other types of community programmes. Unity among the different communities is the crux and core of our survival as a nation. It is fundamental to the stability that is the pre-requisite for economic development and prosperity.
Five, today, the challenges facing this fundamental essence of our survival have become more complex than ever before. The corporate sector knows this. It would not have fulfilled its social responsibility if it does not prioritize national unity. And one of the most effective ways of prioritizing unity is by providing financial support to genuine efforts by citizens groups to enhance national unity.
The State and society should in turn reward and honour private corporations that prove through deeds that they are totally committed to national unity.
Dr. Chandra Muzaffar,
Chairman,
Board of Trustees,
Yayasan 1Malaysia.
Petaling Jaya.
14 September 2012.
Letters from Tan Sri Lee Lam Thye
CSR: NOT ENOUGH BEING DONE TO FOSTER UNITY
MULTIRACIAL living and community are part of our history and heritage. They have become an important source of racial integration and have certainly played a part in making Malaysia a harmonious nation.
Unity is a priceless gift that must be preserved by all peace-loving Malaysians.
Even if economics, science and information technology are the driving forces of this era and the future, we must not lose sight of racial harmony and unity.
In the final analysis, economic development would mean nothing without understanding, harmony and unity among the people.
To me, unity among the different communities is the nation's biggest challenge -- the key to our very survival.It is, therefore, the responsibility of every Malaysian to meet this challenge. The corporate sector, too, has a key role to play.
Over the years, we have heard much about the social responsibility required of the corporate sector where the poor, less fortunate and underprivileged are concerned. However, very little has been said and done about the sector's social responsibility towards the promotion of unity.
While I wish to pay tribute to companies that have delivered towards many charities, I would also like to see that they spare a thought to fulfilling a greater social responsibility towards the nation.
From my observation, the corporate sector has not done much, for example, to promote unity or to help civil society groups play their role in fostering national unity.
What I wish to see is private companies including in their social responsibility agenda activities and programmes that are targeted at promoting unity in our multiracial county, in addition to what has already been done.
In return for such endeavours, the government should provide tax exemptions for such purposes and grant these companies recognition through annual unity awards.
Tan Sri Lee Lam Thye
Trustee of Yayasan 1Malaysia
12 September 2012
Selasa, 18 September 2012
kenyataan Pemuda UMNO berhubung Filem Innocence of Muslim
Salam hormat,
Berikut adalah kenyataan Pemuda UMNO berhubung Filem Innocence of Muslim yang dipaparkan di laman www.rembau.net dan juga fanpage facebook YB Saudara Khairy Jamaluddin di http://on.fb.me/RKhHkU untuk maklumat dan tindakan pihak anda selanjutnya. Besarlah harapan kami sekiranya kenyataan ini dapat disiarkan.
Terima kasih.
Hasbullah Hassin
.........................................
Filem Innocence of Muslim
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) mengecam
sekeras-kerasnya penerbitan filem berjudul Innocence of Muslim oleh Sam Bacile,
yang menghina, mengutuk dan memaparkan penipuan tentang peribadi dan ajaran
Nabi Muhammad SAW bahkan juga Al-Quran serta para sahabat Baginda Rasulullah
SAW.
Kecaman ini adalah penzahiran daripada rasa marah seluruh
Umat Islam di negara ini. Filem itu langsung tidak menghormati sensitivi Umat
Islam serta batasan di dalam kebebasan bersuara. Sebagai Umat Islam yang
mencintai Rasulullah SAW, kami sekali lagi mengulangi kutukan ini dan meminta
pihak berkuasa di Amerika Syarikat mengambil tindakan sewajarnya ke atas penerbitan
filem ini yang sangat jelas adalah suatu provokasi liar, biadap dan mencemar
hubungan dan toleransi antara agama.
Pada masa yang sama Pemuda UMNO berpendirian bahawa segala
reaksi dan bantahan hendaklah dengan aman sejajar dengan ajaran Agama Islam yang
mengingatkan penganutnya daripada bertindak melampaui batas. Oleh itu, dalam
Pemuda UMNO mengutuk filem Innocence of Muslim, kami juga menyelar tindakan
keterlaluan sehingga mengakibatkan kematian Duta Amerika Syarikat ke Libya.
Ingatlah ketika Nabi Muhammad SAW dihalau serta dibaling batu sehingga berdarah
ketika berdakwah di Thaif, Baginda tidak membalas tetapi mendoakan agar Allah
SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada penduduk di sana.
Inilah qudwatun hasanah atau contoh terbaik daripada Rasulullah SAW sendiri.
Pemuda UMNO sekali lagi menegaskan bahawa kami langsung
tidak berkompromi di dalam isu yang jelas mencaci Agama Islam seperti filem ini
yang begitu menghina Nabi Muhammad SAW. Namun pada masa yang reaksi keterluan
tidak menetapi kehendak ajaran Agama Islam kerana Agama Islam itu indah dan
mendamaikan.
Khamis, 13 September 2012
Persidangan Pegerakan Pemuda Kapar.
Ketetapan Pemuda UMNO Bahagian KAPAR dalam persidangan hari ini,
13.09.2012. Klang Executive Center.
- Penyatuan pemimpin dan orang Melayu Islam dalam isu-isu kepentingan kaum Melayu, Agama dan Raja Melayu sentiasalah harus bersepakt dan dipertahankan.
- Idea penyatuan dan perpaduan antara parti kaum Melayu terbesar iaitu UMNO dan PAS harus terus digerakan demi penyelamatkan melayu , agama islam , kuasa Raja dan menyelamatkan Negara daripada mereka yang berkepentingan peribadi
- Semangat Patriotik dan cintakan Negara serta semangat kasih sayang antara kaum harus digerakan supaya tidak terhakis pembangunan, kemajuan ekonomi , semangat daya juan dan pembinaan Negara bangsa,
- Undang-undang dan Tindakan yang lebih tegas harus digubal, dinilai dan diambil supaya dapat membendung gejala-gejala tidak bertamadun , dan diambil tindakan keras keatas mereka-mereka yang menannamkan semangat kebencian kepada pemimpin dan mereka memporak perandakan Negara.
- Pemimpin harus lebih berani dan lebih tegas bersuara dalam menangani isu-isu bila melibatkan Negara, bangsa, agama serta Raja-raja Melayu dan seharusnya berani mengambil tindakan lebih keras, dan menegur walaupun pahit
- Semua Pemimpin –pemimpin harus mengambil iktibar agar tidak sekali kalimenimbulkan kesombongan baru politik, rakyat tidak didahulukan, dasar diubah secara bukan-bukan, terlalu bertolak ansur dan menolak prinsip penerimaan yang akhirnya membawa bahana yang besar pada keseluruhan kaum Melayu.
Pengulungan persidangan
Pemuda UMNO Kapar.
Melayu-Islam itu sendiri yang sukakan perpecahan. Melayu beragama Islam
tetapi menolak persaudaraan Islam. Itukah dilema politik Melayu?
Perjuangan nasionalis Islam nampaknya berpandangan lebih jauh. Sejak
kemerdekaan negara 1957 dan pembentukan Malaysia 1963, kita telah
menyaksikan turun naiknya gelombang politik dan kehidupan rakyat dalam
semuabidang. Kini, kita sedang memasuki Rancangan Malaysia Kesepuluh
(RMK-10),2011-2015 melalui Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan dan
Model Baru Ekonomi yang diperkenalkan pucuk pimpinan nasionalis Islam.
Politik Melayu terletak di bahu UMNO dan Pas. UMNO sudah melebarkan
sayapnya ke Sabah. Kebijaksanaan
kesepakatan kerajaan BN sudah terbukti.
Persekongkolan Pas, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) belum berjaya
menunjukkan kehebatan, kecuali pecah belah, dikepalai orang yang menentang
Melayu dan menolak Islam, serta mengharu-birukan pentadbiran. Hala tuju
kepimpinan politik Malaysia sebenarnya pula tergantung kepada Melayu dan
bumiputera. Masyarakat Cina dan India telah memahami dan akur akan situasi
ini. Jika Melayu hilang kuasa, sebabnya bukan kerana orang lain, tetapi
kerana
perbuatan sesama Melayu. Oleh yang demikian, Bangsa Melayu perlukan
transformasi budaya politik tersendiri.
Tuan Pengerusi dan siding perwakilan…..
Kuasa politik Melayu di Malaysia ternyata merupakan pertarungan antara UMNO
dengan Pas. PKR bukan sebuah parti Melayu tulen dan baru diasaskan. Melayu
patut mengkaji bagaimana pola politik bukan Melayu khususnya orang Cina dan
India. Kenapa mereka bersatu apabila berhadapan dengan isu-isu kepentingan
kaum mereka. Pola MCA, DAP, Gerakan dengan sokongan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) mereka sentiasa sepakat mempertahankan isu bahasa, budaya
dan pendidikan sendiri.
Perbalahan sesama Melayu janganlah sampai merosakkan idealisme perjuangan, menjadikan
'yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran', apalagi sampai merobekkan
tonggak-tonggak kenegaraan. Melayu pula suka bertelingkah hatta terhadap
dasar-dasar nasional. Sepatutnya di mana ada kelemahan, di situ dibuat pembaikan
bersama. Masalah umum rakyat dan kenegaraan jangan dipinggirkan.
Kita bimbang politik Melayu mudah berubah prinsip kerana meraih sokongan.
Kita juga bimbang kalau ada mana-mana parti dan perjuangan politik Melayu
menjadi semakin lemah. Jika Melayu benar-benar mahu mempertahankan Islam
sebagai agama negara, kemajuan bangsa dan Malaysia menjadi tanah air terbaik
buat rakyatnya, maka kekuatan kuasa politik Melayu adalah suatu kemestian.
Era 1980-an, era parti induk Melayu hampir terkubur. UMNO pengsan sebentar,
kerana perebutan kuasa dalaman, tetapi mujur dapat dipulihkan. UMNO pernah
kehilangan tokoh-tokoh besar dalam peristiwa parti pada tahun 1987 dan
1999.
Pada dekad itu, bukan sahaja UMNO yang berpecah, bahkan sampai sekarang,
hubungan UMNO dengan Pas terlalu 'masam'. Untuk menemukan pimpinan
Melayu dari kedua-dua parti itu sehingga bermuzakarah pun terlalu sukar.
Apakah politik Melayu boleh bertahan lebih lama kerana semakin banyak
tandatanda menunjukkan Melayu dihinggapi penyakit. Dahulu politik Melayu sangat
kuat kerana didukung oleh para guru, orang-orang desa dan mereka yang berjuang tanpa
mengharapkan ganjaran mata benda. Kini dikaitkan pula dengan politik wang.
Mungkin kerana generasi pimpinan sudah berubah, lebih ramai orang korporat
terlibat secara langsung.
Perjuangan komersialisme telah mengatasi idealisme asal. Skandal politik
wang
diakui oleh para pemimpin kita sendiri. Kalau nilai-nilai buruk sedemikian
tidak dilupuskan, krisis politik akan terjadi, keikhlasan akan hilang,
timbul
penyakit-penyakit lain yang lebih kronik yang akan menjalar kepada
kerja-kerja
pembangunan, kemajuan ekonomi, kelunturan daya juang dan kesan besar
terhadap pembinaan negara bangsa.
Sewaktu kaum lain terus mengukuhkan kuasa ekonomi mereka dan tegar
mempertahankan kuasa politik, amat tidak 'comel', Melayu dan bumiputera
asyik bercakaran, sorak sorai macam 'Pak Kaduk'. Ketahanan orang lain sudah
lama ditegakkan melalui ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan bahasa sendiri,
dan menguasai kehidupan kota dan gerakan terbaru pembangkang ialah untuk
menguasai setiap bandar di Malaysia.
Melayu yang tidak tetap pendirian dan 'tidak lekat dasar' tergamak
bersekongkol
dengan mereka itu semata-mata kerana dendam dan kerakusan kuasa.
Tuan Pengerusi dan sidang perwakilan….
Saya ingin menyelar pembangkang yang dilihatnya telah 'mempamerkan
keupayaan' memporak perandakan negara dalam tempoh sehari sahaja dengan
merosakkan sambutan Hari Kemerdekaan menggunakan perhimpunan 'Janji
Bersih' di Dataran Merdeka dan sambutan di peringkat negeri Selangor.
"Bayangkan, selama 54 tahun kita telah menyambut hari kebangsaan
dengan
bersatu hati di bawah satu bumbung, mengibarkan Jalur Gemilang sambil
menyanyikan lagu Negaraku dengan semangat patriotik, tetapi pada
sambutan
kali (ke-55) ini, terdapat segelintir rakyat Malaysia enggan mengakui
kewujudan
bendera yang kita hormati.
"Tidak cukup itu, mereka kelihatan begitu bangga mengibarkan pula
bendera yangseakan-akan bendera dari Singapura dan Indonesia. Terasa patah hati
melihat anak bangsa sendiri berkelakuan seperti tidak berakal kerana termakan
tohmahan kumpulan berkepentingan yang mahu mengubah Jalur Gemilang.
"Perlu saya ingatkan golongan ini bahawa Jalur Gemilang adalah
hak milik setiap
rakyat Malaysia. Ia bukan bendera parti politik yang perlu diubah mengikut
cita
rasa pemerintah. Cubaan
mengubah bendera rasmi sesuka hati adalah perbuatan yang saya anggap sebagai
jijik dan hina,"Pembangkang telah menyemai benih kebencian terhadap Jalur
Gemilang dan kelihatannya sungguh yakin bahawa agenda pembangkang adalah
mahukan pembentukan Malaysia kepada sebuah negara republik. Lebih menyedihkan terdapat
penglibatan golongan anak muda Melayu yang turut sama di dalam perhimpunan itu.
Saya harap rakyat dapat lihat ke manakah arah hala tuju pembangkang kini.
Dalam sekelip mata saja, pelbagai keinginan serta perubahan-perubahan
'aneh'
cuba dilakukan oleh mereka.Baru sahaja 4 tahun memerintah, mereka sudah
besar kepala seolah-olah
telah memerintah negara selama 55 tahun. Kita tidak
dapat membayangkan apakah
kita masih bersatu padu, seandainya diperintah oleh mereka yang hanya mempunyai
kepentingan mereka sendiri.
Tuan pengerusi dan sidang perwakilan….
Ini bukan kali pertama cubaan pakatan pembangkang memprovokasi Jalur
Gemilang. Sebelum ini, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
pernah bertindak di luar dugaan dengan menggelarkan Jalur Gemilang kepada
'Jalur Malang' tanpa sedikit pun perasaan bersalah. Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan pula lebih drastik dengan berjanji akan
mengubah bendera Malaysia kepada bendera baru jika pembangkang berjaya ke
Putrajaya. Malah dia enggan mengakui Jalur Gemilang sebagai bendera rasmi
dan berdegil untuk tidak mengibarkan bendera Malaysia di mana-mana beliau
berada sehingga kini.
Kita turut membidas sikap peserta perhimpunan 'Janji Demokrasi' yang
bertindak
luar batasan dengan memijak potret Perdana Menteri dan isterinya, Datin
Seri
Rosmah Mansor. Tidak cukup dengan itu, ada peserta bertindak melampau dengan
melondehkan seluar pada gambar tersebut dan ditatap beberapa orang Melayu dengan
siulan kegembiraan oleh anak-anak muda.
Demikian juga apabila kerajaan PKR Selangor membelakangkan peranan Sultan
Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan tidak menjemput baginda ke
sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor. Kerajaan negeri
berkenaan dilihat hanya membiarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
seorang untuk menjadi orang kenamaan (VIP) dengan memberikan ucapan selama
lebih setengah jam. Apakah ini seminar ekonomi atau majlis ceramah politik PKR?
"Apa lagi perubahan yang ingin dibuat oleh mereka? Bagaimana boleh
bertindak
sedemikian? Adakah ini gaya pembangkang apabila sampai ke Putrajaya kelak?
Kita minta rakyat terutamanya orang Melayu menilai sendiri betapa rakusnya
pembangkang yang cuba mengambil tampuk kuasa dari kerajaan.
Tuan Pengerusi dan sidang perwakilan…..
Kalau tidak kena jalannya, Melayu memang boleh hilang kuasa politik.
Sesuatu
yang hilang bukan mudah untuk diganti. Senario politik kian kompleks. Kalau
kita hilang ketegasan, maka akan banyak hak-hak Melayu dan kenegaraan akan
terkorban. Sokongan ahli parti, semangat kekeluargaan berparti, amanah
mesti
dipupuk kembali agar tidak mati, bukannya amalan rasuah. Sejarah menunjukkan
kejatuhan Melayu terjadi disebabkan adanya orang-orang seperti Pateh Karma Wijaya,
Raja Mandaliar dan Si Kitol. Melayu jatuh kerana ruang akal budinya dipenuhi
dendam, hasad dengki, cemburu, dan perbalahan yang merugikan. Sampai bilakah
Melayu harus berpecah belah….Ayuh..!!! Berubahlah Melayu demi anak bangsa,
agama, dan Negara. Tekadkan hati, satukan pendapat, kuatkan semangat untuk
terus kita bersatu di bawah satu bumbung yang teguh dinamakan MELAYU….
Allah
hu Akbar ..Allah hu Akbar…Allah hu Akbar.. Hidup Melayu..!!!
Langgan:
Catatan (Atom)