![]() |
Lim Guan eng semasa membentangkan cadangan membina laluan terowong Pulau Pinang |
Projek Terowong laluan ke 3 Pulau Pinang bernilai 8
Billion, menghubungkan Persiaran Gurney ke daerah
Seberang Perai Utara, jalan pintasan menghubungkan Persiaran Gurney ke
Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, jalan hubungan antara Bandar Baru Air Itam ke
lebuh raya itu serta satu lagi jalan ke jalan pantai dari Tanjung Bungah ke
Teluk Bahang, adalah
satu projek tergesa-gesa kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng
DAP yang Seakan-akan ingin mengambil peluang yang ada sementara memerintah
melaksanakan projek yang membazir duit rakyat tetapi menguntungkan segelintir
orang dan syarikat yang berkenaan.
![]() |
Peta Laluan Terowong Pulau Pinang |
Pada 16 Nov – Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan rasional cadangan
pembinaan laluan ketiga termasuk terowong di Pulau Pinang bernilai RM8 bilion,
sedangkan projek Jambatan Kedua belum siap.
“Apa tujuan (Ketua Menteri Lim) Guan Eng buat terowong, apakah maknanya sudah sesak sangat sehingga projek kedua (jambatan) yang kita sedang bina tidak dapat menyelesaikan masalah kesesakan bandar raya George Town.
“Sepatutnya kita benarkan dulu projek Jambatan Kedua siap, kita akan memerhatikan mungkin kesan daripada projek kedua itu sudah pun mencukupi, jadi apa perlu membelanja wang agak lebih besar yang dikatakan bernilai sekitar RM8 bilion,” katanya
Seperti yang kita ketahui projek Jambatan laluan ke 2 Pulau
Pinang sedang dalam pembinaan dan separuh siap , Ia menghubungkan Batu Kawan di Seberang
Perai dan Batu Maung di Pulau Pinang. Ia menjadi jambatan
ke 2 yang menghubungkan tanah besar dan bahagian pulau selepas Jambatan
Pulau Pinang. Jambatan ini menelan kos RM 3 bilion mempunyai panjang
24 km (15 batu) dan bakal menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara. China Harbour
Engineering Co Ltd (CHEC) menyatakan kerja-kerja pembinaan ke atas Jambatan
Kedua Pulau Pinang bermula pada November 2007 dan dijangka siap pada 2013
![]() | |
Peta laluan Jambatan ke 2 Pulau Pinang |
kerajaan Barisan Nasioanl melaksanakan perancangan membina Jambatan Pulau
Pinang yang pertama sepanjang 14 Kilometer bermula pada 01 Jun 1982 dan dibuka pada 30 Sept 1987
![]() |
Jambatan Pulau Pinang |
Jambatan
Pulau Pinang juga telah dianugerahkan `The 1993 FIABCI Award of Distinction'.
Penganugerahan ini adalah di atas peranan Jambatan Pulau Pinang di dalam
pembangunan Negeri Pulau Pinang.
Dari jarak pembinaan dan pembukaan Jambatan Pulau Pinang
yang pertama sehingga kerajaan Barisan Nasional mengambil keputusan membina Jambatan Pulau Pinang yang ke 2 akibat pengunaan dan keperluan yang tinggi ,
ia mengambil masa lebih kurang 20 tahun iaitu pembukaan Jambatan Pulau Pinang
pada 1987 dan keputusan kerajaan membina Jambatan Pulau pinang yang ke 2 pada
2007.
![]() |
Jambatan Pulau Pinang Ke2 dalam pembinaan |
![]() |
Ilustrasi Jambatan Pulau Pinang Ke2 |
ini menunjukan setiap perancangan Kerajaan Barisan Nasional adalah secara
berhemah ,Pintar dan berhati-hati dalam membelanjakan kewangan Negara dalam
memastikan keselesaan rakyat serta pertumbuhan ekonomi Negara membangun dengan
cemerlang.
Dan semasa
pembinaan Jambatan tersebut Pembangkang memainkan isu bahawa Pembinaan Jambatan itu adalah satu pembaziran duit rakyat. Namun kini sejarah membuktikan
Barisan Nasional sebenarnya melakukan tindakan bijak dalam merancang
infrastruktur Negara dan Pulau Pinang Khususnya. Namun akibat kesesakan dan
pengunaan jambatan Pulau Pinang yang semakin meningkat setiap hari Jambatan ke 2 pula dibina.
Jadi persoalanya kenapakah di masa pembinaan
jambatan Pulau Pinang yang Ke2 masih lagi belum selesai. Kerajaan pulau Pinang
di bawah Pimpinan Lim Gua Eng (DAP) membawa perancangan Laluan terowong
Pulau Pinang yang menelan belanja 8 Billion..?
8 Billion..Wow..!!!!
1.Apakah relevannya pembinaan
Laluan Terowong P.Pinang sedangkan laluan Jambatan Ke 2 Pulau Pinang masih dalam
pembinaan.?
2. kenapa nilai membuat Laluan
terowong itu begitu besar iaitu 8 Billion sepanjang 6.5 KM berbanding dengan
SMART Tunnel bernilai 1.93 Billion sepanjang 10 KM
![]() |
Laluan Smart Tunnel |
![]() |
struktur Smart Tunnel |
Perbandingan harga dan risiko,
Harga : SMART TUNNEL - RM1.93 Billion . 10 KM = 1 KM / RM 1.93
juta
PENENG TUNNEL- RM 8 BILLION. 6.3
KM = 1 KM / RM 620 juta
Risiko :
SMART TUNNEL – dibina dibawah tanah melalui kawasan perbandaran Ibu kota Kuala Lumpur yang boleh menyebabkan keruntuhan bangunan diatasnya jika silap pembinaannya , maka kos pembinaan mengambila kira insuran bagi setiap inci kawasan yang dibina dan mengakibatkan 4 kali kos tangungan kepada pembayar cukai.smart tunel juga berfungsi sebagai pegaliran air bagi mengelakan bajir kilat di kuala lumpur ketika hujan lebat.PENENG TUNNEL- dibina didalam dasar laut yang mana merentasi dari seberang Perai ke Pulau Pinang yang bermaksud tiada risiko keatas penghuni tetap atas kawasan pembinaan dan pastinya kadar insuran pembinaan adalah lebih rendah dari SMART TUNNEL
3. kenapakah pembinaan Laluan
Terowong P.Pinang dibuat sedangkan Plan Perancangan pengangkutan Pulau Pinang
masih lagi belum dikeluarkan.? Ini adalah jelas bertentangan dengan
trend global ke arah pengangkutan awam pada permukaan rizab terhad bahan api fosil di seluruh dunia dan pemanasan global / perubahan iklim dan ini menimbulkan persoalan yang pelik
bagaimanakah kerajaan Negeri Pulau Pinang merancang sistem pengankutan Negeri
pulau Pinang jika masih tiada pelan Perancangan Pengangkutan Negeri. ?
4. Apakah Agenda Lim Guan Eng
dalam Laluan Terowong Pualau Pinang ?
A. Kerajaan Pulau Pinang bercadang untuk menyerahkan Tanah Persisir Pantai kepada syarikat yang berkaitan sebagai sebahagian daripada perjanjian swap untuk
membiayai Projek yang dicadangkan
sepanjang 6,5 kilometer terowong dari Gurney Drive ke Bagan Ajam. Ini bermaksud kerajaan
negeri pulau Pinang akan memberikan Tanah persisiran pantai pajakan kepada
syarikat yang berkenaan selama 99 tahun.
Namun
adakah Kerajaan Pulau Pinang akan mematuhi peruntukan-peruntukan dalam Kanun Tanah Negara yang menyatakan bahawa tanah pesisir pantai harus atas dasar pegangan pajakan tidak melebihi 99 tahun.?
Dan Lim Guan Eng mesti memberitahu
kita apa sebenarnya perancangan untuk menyerahkan tanah persisiran pantai kepada pembina terowong, dan jika ia akan menjadi tanah yang ditambak, di mana tanah yang akan ditempatkan. Berapa banyak kawasan tanah dan di mana lokasinya di Gurney Drive?
namun implikasi pemajakan tanah persisiran pantai yang akan berlaku adalah seperti berikut :
Dan
apabila Penilaian dibuat kembali keatas nilai tanah ia boleh meningkat tiga kali ganda dalam ruang masa yang singkat, seperti yang dilaporkan. Dan Kesannya kepentingan
Negeri dan Rakyat Pulau Pinang akan tergadai kepada Syarikat pembinan Terowong
tersebut. orang melayu akan terkeluar dari kawasan tersebut secara terancang , akibat tiada hak menduduki dan kawasan tersebut akan jadi kawasan komersial dan ada segelitir mendakwa ia adalah Proksi Lim Guan Eng.
B,
www.starproperty.com melaporkan
kenaikan harga rumah dan sewa yang menigkat di Pulau Pinang serta nilai
hartanah juga bertambah. Secara makro ekonomi situasi ini nampaknya sangat
bagus. Namun sedarkah kita terutamanya orang melayu , mampukah anda membeli
rumah serendah nilai RM455, 000 hingga RM550, 000 bagi sebuah rumah teres setingkat..!!!
, sementara kadar sewa rumah pula telah meningkat kepada 12.5% .
![]() |
rumah yang didirikan dibalik pulau bernilai setengah juta . orang kampung balik pulau mampu ke beli ? |
Jadi
dari segi mikro ekonomi ia memberi kesan yang tidak baik keatas kehidupan
rakyat pulau pinang dan orang melayu khususnya. Hanya segelitir mereka yang
mampu menjadi tuan-tuan tanah dan Pulau Pinang. Dan ini yang akan belaku jika
tanah persisiran pantai diberikan hak kepada syarikat pembuat terowong sebagai
salah satu bentuk perjanjian didalam projek tersebut.kerana apabila kawasan
tersebut dibangunkan dan nilai komersial tanah melambung tinggi dan pastinya
bukan untuk tujuan pembinaan rumah rakyat. Maka tanah-tanah yang berada
disekitar kawasan akan juga terkesan diatas kenaikan nilainya. Yang masih
merana adalah rakyat yang hanya mampu melihat situasi tersebut tanpa mendapat
sebarang manafaat kepada mereka.
![]() |
Pemandangan Kampung Tradisi melayu di Pulau Pinang |
Dikala begini dimanakah perginya badan "CAT" singkatan kepada "Competency, Accountability and Transparency" dalam Pakatan. mana pergi para pemimpin PAS , PKR dan DAP yang lain yang selalu menghentam kerajaan Pusat tidak telus , melakukan pembaziran duit rakyat , projek membazir yang hakikatnya semua yang dikatakan itu adalah salah , namun dalam hal yang berkaitan dengan mereka di sorokan ,
mana suara BAR Council yang juga kerap mengkritik kerajaan pusat tanpa pertimbangan yang adil , kenapa tidak bersuara diatas perancangan Lim Guan Eng dan DAP yang bakal membazir duit rakyat dan kelihatan tidak telus ini..???
Rumusan
Secara kolektif
seandainya Projek Terowong ini tidak berjaya. Maka kerugian yang ditanggung
oleh Kerajaan negeri Pulau Pinang dan rakyat pulau Pinang sangat besar dan
Syarikat yang berkaitan tetap mendapat keuntungan dengan pajakan tanah 99
tahun. Kenapakah Dana 8 Billion itu tidak digunakan kepada pembangunan ekonomi
rakyat yang lebih menguntungkan dan berhemah kepada rakyat Pulau Pinang.?
Seperti projek perumahan kos rendah rakyat atau projek infrastruktur dibalik
pulau yang kelihatanya agak ketingalan ,adakah kerana kawasan tersebut adalah
penduduk majoriti kg Tradisi melayu maka ia dipinggirkan..?
atau juga projek
pembangunan ekonomi rakyat seperti pusat perniagaan dan pelancongan yang dibuka
kepada peniaga-peniaga kecil..kan itu lebih berfaedah buat rakyat .
kerana
keperluan Laluan utama Negeri pulau Pinang telah pun diusahkan oleh kerajaan
pusat melalui Projek Jambatan ke 2 Pulau Pinang.
“CHARGASKAN”
PEMIKIRAN AGAR KITA TAHU SIAPA YANG LAYAK MEMIMPIN KITA
sumber : star property www.starproperty.com
web
rasmi kerajaan Pulau Pinang http://www.penang.gov.my/
web DAP http://dapmalaysia.org
,
web Lembaga lebuhraya malaysia http://www.llmnet.gov.my ,
wikipedia http://ms.wikipedia.org
carian Google http://www.google.com.my
,
malaysiakini http://www.malaysiakini.com ,
Fuad OmarFacebook
https://www.facebook.com/profile.php?id=100001070308503
Tiada ulasan:
Catat Ulasan