Mini WaterFall Kemensah

Mini WaterFall Kemensah

Khamis, 9 Februari 2012

MISTERI KEMATIAN PATRICK WONG ADA KAITAN DENGAN PEMIMPIN PR-RPK

Raja Petra kamaruddin , pengendali blog Free Malaysia Today mendakwa kematian Datuk Patrick Wong Kie Yik yang terjatuh dari balkoni rumahnya pada 19 November 2009, sebenarnya dibunuh. 
menurut beliau Datuk patrik Wong ada bertemu dengan beliau pada oktober 2009 di London ,dan dalam pertemuan tersebut Datuk Patrik wong berjanji dengan RPK utuk mengumpul maklumat tentang penyelewengan Pasir di Selangor untuk disiarkan di Free malaysia Today.

mendiang Datuk Patrik Wong


RPK berkata beliau percaya Perompak yang merompak datuk Patrik wong dirumahnya pada ketika itu adalah pembunuh upahan yang dihantar oleh pihak tertentu untuk menutup maklumat tentang mereka supaya tidak sampai ke beliau atau didedahkan di Free Malaysia Today. 

Raja Petra Kamaruddin


 Dalam kejadian pada 19 November 2009 lalu, Patrick, 57, yang ketika itu berada dalam bilik komputer dilaporkan maut apabila terjatuh daripada balkoni, ketika cuba menyelamatkan diri selepas panik melihat dua daripada tiga perompak menyerbu tingkat atas rumahnya.

Bagaimanapun, anak perempuan dan lelaki Patrick yang masing-masing berusia 18 dan 25 tahun serta pembantu rumah tidak diapa-apakan, sebaliknya perompak hanya melarikan dompet mangsa berisi USD300 (RM1,018) dan telefon bimbit milik anak perempuan mendiang.

RPK mendakwa Pemimpin PR ada kaitan dengan pembunuhan ini. sebelum ini kita dikejutkan dengan kematian Teoh Beng hock .beliau  seorang pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri Selangor,Ean Yong Hian Wan . Teo merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan  SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri Selangor yang diperintah oleh PR

mendiang Teoh Beng Hock


Yong merupakan antara tujuh anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan anggota Exco yang disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri Selangor.Pada 15 julai 2009, SPRM menyerbu pejabat Yong di bangunan Sekretariat Negeri di Shah Alam untuk mencari dokumen berhubung cara peruntukan negeri dibelanjakan.

Turut disiasat ialah Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizebeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Cheah Win Yin Damansara Utama dan Edward Lee (Bukit Gasing). Wakil rakyat Pakatan Selangor diberi RM500,000 setahun setiap seorang untuk membiayai program kemasyarakatan di kawasan masing-masing. SPRM mendakwa dana tersebut telah disalahguna. Pada 15 Julai, sebuah komputer riba milik Teo dan sebuah komputer meja telah dirampas dari pejabat Ean.Pejabat ADUN Kampung Tunku. Lau Wen San turut diserbu oleh SPRM.

Teoh Beng Hock  bukan dibunuh, sebaliknya membunuh diri kerana berasa terbeban dan tertekan dengan sesi soal siasat yang agresif dan berlarutan ke atasnya oleh pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (S{RM).

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Aziz ketika mengumumkan demikian pada sidang media di Parlimen, Khamis, berkata  siasatan Suruhanjaya Diraja mendapati pegawai-pegawai SPRM berkenaan tiada niat dan sebab untuk membunuh Teoh.

“Sebaliknya SPRM menyoalsiat mendiang supaya membuat pengakuan sebagai bukti agar dia boleh menjadi saksi bagi kes penyelewengan penggunaan peruntukan yang membabitkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari Pakatan Rakyat.

“Fakta membunuh diri ini telah disokong oleh testimoni pakar psikiatri forensik, Profesor Paul Edward Mullen yang telah diambil khidmat oleh Majlis Peguam Malaysia. Prof Mullen mengatakan TBH benar-benar membunuh diri berdasarkan perwatakan yang telah bertukar dari kumpulan berisiko terendah bagi pembunuhan diri kepada kumpulan berisiko tinggi setelah dia melalui sesi soalsiasat yang agresif dan berterusan,” kata Nazri.

Nazri berkata keputusan siasatan Suruhanjaya DiRaja itu yang dipengerusikan oleh Tan Sri Datuk Seri James Foong Cheng Yuen dicapai secara sebulat suara.

“SPRM memulakan siasatan berikutan mendapat maklumat yang mengatakan seorang Adun Selangor dari Pakatan Rakyat terlibat dalam mengemukakan tuntutan palsu dan menggunakan peruntukan demi kepentingan parti politik mereka.

“Teoh sepatutnya menjadi saksi utama bagi SPRM yang menyiasat dakwaan penyelewengan tersebut yang melibatkan seorang Adun Selangor dari parti  DAP. Siasatan SPRM telah memberi tekanan kepada TBH untuk membuat pengakuan sebagai bukti,” kata Nazri

berbalik kepada RPK.. beliau berkata akan mendedahkan kes pembunuhan .

“Seorang kawan baik saya telah dibunuh dan saya ingin tahu mengapa. Sekarang, selepas hampir tiga tahun, saya memiliki bukti yang akan mendedahkan cerita ‘rasmi’. Sumber dalaman memberitahu saya ia bukan rompakan, ia satu pembunuhan berkait dengan perniagaan.
“Ini kerana selepas pertemuan di United Kingdom, Patrick meminta tempoh sebulan untuk mengumpul maklumat mengenai sindiket perlombongan pasir di Selangor, bererti pada November saya boleh mula menyiarkan pendedahan itu tetapi ia tidak berlaku.
“Beberapa minggu kemudian, Patrick dibunuh. Polis kata mendiang maut kerana terjatuh tetapi laporan bedah siasat mendapati kematiannya disebabkan kecederaan di kepala dan leher (seperti dicekik),” 

dakwanya seperti mana dipetik dari http://www.freemalaysiatoday.com.

"CHARGASKAN" PEMIKIRAN KITA AGAR KITA KENAL SIAPA MUSUH KITA

sumber : Utusan , free malaysia today , wikipedia. agenda daily.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan