Mini WaterFall Kemensah

Mini WaterFall Kemensah

Rabu, 1 Februari 2012

Cadangan Penyenaraian FGVH (Felda Global Venture) ke BSKL satu langkah Bijak


Perdana Menteri mengumumkan cadangan untuk Menyenaraikan FGVH anak syarikat FELDA ke BSKL dalam Budget 2012. ini adalah satu langkah bijak menjadikan FGVH satu "BLUE CIP PERLADANGAN". Bagaimana pun beberapa kebimbangan dan fitnah dimainkan oleh Pembangkan untuk mengagalkan idea ini.

Apa yang perlu kita fahami dengan Penyenaraian FGVH ke BSKL ini.

Pertama komposisi Saham ,

Ia dimiliki 80 peratus oleh KPF (koperasi Permodalan Felda) dan 20 Peratus entiti asing
Selepas penyenaraian, pemegang saham FGVH akan terdiri daripada bukan setakat Felda, Koperasi Permodalan Felda (KPF), tetapi juga orang awam dan agensi pelaburan yang lain. Setiap pemegang kepentingan ini menuntut kepentingan yang berbeza.

siapa pemegang saham didalam KPF .? Mereka adalah :

Mengikut Undang-Undang Kecil KPF, keanggotaan koperasi ini terbuka kepada:-

a. Peneroka-peneroka Felda, isteri dan anak-anak,
b. Koperasi-koperasi peneroka Felda yang didaftarkan di bawah Akta sebagai koperasi asas atau koperasi menengah,
c. Kakitangan Felda, isteri dan anak-anak,
d. Koperasi kakitangan Felda yang berdaftar di bawah Akta

FGVH yang ditubuhkan pada 2009 adalah syarikat perniagaan global yang terlibat dengan kegiatan perniagaan minyak dan lemak, oleokimia, logistik dan perkhidmatan. Ia beroperasi di 13 buah negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan dan Timur Tengah dan memiliki lebih 80 syarikat yang aktif.

Lebih kurang 40 daripada syarikat ini di bawah Felda Holdings menumpukan perniagaan dalam negara. Felda Holdings adalah subsidiari FGVH yang terbesar. Ia mencatat pendapatan sebanyak RM14.9 bilion pada tahun kewangan 2010 dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM760 juta.

Setakat ini, prestasi FGVH amat menggalakkan. Pada tahun kewangan 2010; iaitu tahun kedua selepas ia mula beroperasi, FGVH mencatat pendapatan RM3.2 bilion dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM366 juta.

ini bermakna Peneroka sendiri bakal mendapat "Durian Runtuh" hasil Penyenaraian Ini. dianggarkan mencapai 10 ribu ke 20 ribu seorang .

kedua adakah tanah peneroka akan tergadai sekiranya berlaku sesuatu..?

Tanah Peneroka adalah tertaluk dengan perjanjian Tanah pajakan 99 tahun dengan kerajaan Pusat. dalam kes ini Kerajaan Malaysia adalah Pemilik penuh Tanah Peneroka smentara Peneroka memajak tanah selama 99 tahun dan memajakan pula kepada KPF dalam menguruskan Perladangan. sekiranya apa pun berlaku , tanah tersebut tidak tergangu kerana ia adalah tetap berada di Tangan Pemeroka yang mempunya perjanjian pajakan tanah dengan Kerajaan Malaysia selama 99 tahun.

maka apa sahaja polimik dan isu yang cuba dimainan pembangkan serta kumpulan ANAK yang diketuai oleh Mazlan Aliman hanyalah cubaan jahat terhadap Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO yang berusaha untuk memberi lebih banyak kemakmuran kepada Peneroka Felda.

"Chargas" kan Pemikiran anda supaya anda dapat melihat akan apa yang anda kecapi sehingga kini.

Syabas Felda..

http://kpf.felda.net.my
http://www.utusan.com.my

1 ulasan:

  1. http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/list-of-companies/plc-profile.html?stock_code=5222

    BalasPadam