Mini WaterFall Kemensah

Mini WaterFall Kemensah

Rabu, 22 Februari 2012

DEBAT CSL vs LGE. Bangsa Cina dan persimpangan Politik

Persimpangan Politik, Orang Cina jangan salah pilih. LGE hanya memberi mimpi bukan Realiti.


Pada 18 febuari lepas berlaku debat diantara Chua Soi lek yang mewakili MCA dan Lim Guan Eng yang mewakili DAP di Berjaya Times Square. tajuk debat tersebut adalah MALAYSIA CHINESE AT THE POLITICAL CROSSROAD. (CINA MALAYSIA DIPERSIMPANGAN POLITIK). 




Debat itu berlansung didalam Bahasa Mandrin, Rimau tak memahami bahasa Mandrin namun Rimau cuba mendapatkan maklumat dan inti pati debat tersebut melalui sahabat Rimau dari Pemuda MCA .




berikut adalah sambungan debat yang mempunyai sebanyak 8 siri Rimau sediakan pautan sahaja disini sebagai memudahkan pembaca mengekses klip video tersebut.

4. http://www.youtube.com/watch?v=9DpUpfggUmU&feature=related
5. http://www.youtube.com/watch?v=13nXDvTn4_c&feature=related
6. http://www.youtube.com/watch?v=rgcGJuy6rVE&feature=related
7. http://www.youtube.com/watch?v=S8DUK0Cn3Io&feature=related
8. http://www.youtube.com/watch?v=4hdHoRFALqw&feature=related

Menurut sahabat Rimau yang berbangsa Cina dan berketurunan Hakka itu. apa yang cuba disampaikan oleh Chua Soi Lek kepada orang cina dan Lim Guan Eng adalah  pertanyaan iaitu antaranya:


Chua Soi Lek:

1. Adakah seandainya berlaku pada PRU13 nanti kaum Melayu dan India bersatu memberi undi kepada BN sementara kaum Cina semuanya akan memberi undi kepada PR atau DAP. pada ketika itu pastinya apa yang akan berlaku BN akan mendapat kemenangan dan pada ketika itu Tiada suara masyarakat Cina didalam Parlimen , sebagai mana yang berlaku dalam PRN SERAWAK yang lepas dimana Orang Cina semuanya memberi undi kepada DAP dan PR sementara Bangsa Peribumi dan Bangsa India memberi undi kepada BN dan menyebabkan dalam Dewan Undangan Negeri Serawak sekarang tiada wakil bangsa Cina akibat kesilapan dan pengundi cina membuat perhitungan.

2. Adakah jika DAP dan PR menang besar dan mampu membentuk kerajaan maka , DAP akan memberikan PAS melaksanakan Hukum Hudud dan Negara Islam..? Jika sebelum ini di Perak PR memenangi PRU12 di negeri Perak dengan majoriti kerusi adalah DAP dan PAS serta PKR adalah kerusi minoriti kenapakah DAP menjadikan PAS sebagai menteri Besar. ? ini bermaksud DAP terpaksa akur dengan PAS. maka jika berlaku kemenangan PR dan PR mampu membentuk kerajaan Pusat maka DAP tak mampu menghalang PAS melaksanakan undang-undang HUDUD.

3.DAP ingin melaksanakan dasar "Malaysia Malaysian" yang bermaksud semua Bangsa dan Agama akan mendapat sama taraf kedudukan. segala bentuk kelebihan dan keistimewa yang diberi seperti contoh hak istimewa orang melayu akan dilucutkan. maka pada ketika itu adakah DAP sangup melupuskan dasar pendidikan kebangsaan yang mana semua sekolah berteraskan kebangsaan , Baik sekolah Kebangsaan Tamil, sekolah Kebangsaan Cina dihapuskan dan semua pengunaan bahasa hanya terhad kepada bahasa malaysia yang bermaksud tiada lagi pendidikan yang memupuk kecintaan dan mewarisi kebudayaan dan kebangsaan bangsa lain. dengan erti kata tiada lagi orang cina yang boleh bertutur bahasa Mandrin atau Kantonis selepas beberapa tahun perlaksanaan seperti apa yang berlaku di Singapura.

Ini adalah antara pertanyaan Chua Soi Lek kepada Lim Guan Eng dan secara tidak langsung juga kepada Masyarakat Cina.

Namun jawapan Lim Guang Eng adalah jauh menyimpang dari pertanyaan Chua Soi Lek. Lim Guan Eng langsung tidak menyentuh dan mengulas persoalan yang diberi malahan terus menghentam UMNO dan BN sebagai Parti Rasuah dan jika orang Cina memberi undi kepada MCA bermakna memberi undi kepada BN yang rasuah kata Lim Guan Eng.

Dari  penjelasan Sahabat Rimau tentang intipati debat tersebut, Rimau berpandangan, Chua soi Lek cuba memberi gambaran kepada Masyrakat Cina akan kesan yang akan berlaku jika Masyarakat Cina memberi undi kepada DAP dan PR. Chua soi Lek pastinya risau jika berlaku seperti situasi di PRN SERAWAK pada PRU13 kali ini dan BN menang dengan undi Melayu dan India maka suara Masyarakat Cina akan lenyap di Parlimen kerana ketiadaan wakil akibat kesilapan Pengundi Cina membuat perhitungan, dan jika PR menang pula dan DAP mendapat undi Masyarakat Cina dengan padu mak DAP juga tidak mampu membuat sebarang perubahan didalam kontek pentadbiran kerana akan berlaga dengan PAS dalam perlaksanan Polisi Negara. maka apa yang akan berlaku suasana tegang dan kacau bilau akibat dari ketidak sama haluan komponen PR dalam menentukan polisi kerajaan . dan pada ketika itu situasi Politik , Ekonomi dan Sosial akan menjadi tidak stabil dan mengujudkan suasana , kelembapan dalam Ekonomi akibat ketidak mampuan Kerajaan PR mentadbiran Negara akibat pertelahgahan objektif.

Negara juga mungkin akan berada dalam ambang kehuru-haran akibat dari sistem pemerintahan yang bakal runtuh kerana ujud protes atau lebih buruk kebangkitan oarng melayu yang menuntut hak-hak istimewa mereka dikembalikan akibat dari perlaksanaan "Malaysia malaysian" ia akan berlaku seperti bermulanya tuntutan Protes MALAYAN UNION di awal gerakan kemerdekaan oleh orang melayu. 

Situasi yang tidak stabil ini akan mengundang campur tangan BARAT , khususnya AMERIKA yang akan menghantar tenteranya ke Negara kita atas alasan menjaga keamanan di bawah panji PBB (U.N). namun yang hakikatnya AMERIKA sememangnya sentiasa bercita-cita mendapatkan penempatan logistik Ketenteraan Mereka di rantau ASIA dan khususnya Malaysia untuk memantau dan mengimbangi kuasa Ekonomi dan ketenteraan Negara CINA.

Selain dari itu Malaysia bakal menjadi kawasan lambakan budaya, cara hidup dan semua ideologi songsang AMERIKA , seperti kebebasan sosial melampau- GAY, LESBIAN , BISEXUAL, TRASSEXUAL. gerakan pemikiran ATHEIS yang tidak percaya kepada Tuhan yang mana semua ini bertentangan dengan nilai-nilai murni dan cara hidup oarng ASIA, yang mengamalkan cara hidup beragama , beradat susila , memelihara kebudayaan dan adat Kebangsaan Bangsa masing-masing.

Dan secara tidak disedari jika DAP diberi mandat oleh orang Cina pada PRU13 nanti dan PR menang membentuk kerajaan . maka bukan sahaja ujud permasalahan seperti dijelaskan diatas, malahan apa yang berlaku Orang Cina telah mengkhinaati Negara besar nenek moyang mereka iaitu Negara Cina kerana memberi peluang kepada AMERIKA bertapak di ASIA bagi memantau Pegerakan Negara CINA , yang kita ketahui Negara CINA sekarang bangkit menjadi Naga ASIA dalam bidangh Ekonomi.

faedah yang diterima hanya lah kepada dua kelompok kumpulan manusia yang mempunyai fahaman yang sama iaitu faham SOSIALIS yang diguna pakai oleh DAP dan PKR yang menjadi agen kepada BARAT ZIONIS. dalam menghancurkan kebangkitan Kuasa ASIA . dan MALAYSIA menjadi mangsa melalui kesilapan rakyat dan Orang Cina membuat pilihan. sepeti apa yang dilakukan mereka ZIONIS BARAT di Timur Tengah. maka kesudahannya Negara hancur, segala nikmat yang dinikmati dahulu telah tiada dan hidup dalam ketakutan.

segala inipati adalah melalui maklumat yang Rimau dapat dari sumber yang Rimau percayai, dan analisa yang dibuat adalah pandangan peribadi Rimau.


"CHARGASKAN" PEMEIKIRAN JANGAN KITA MEMBUAT KESILAPAN YANG MERUGIKAN SEMUA.


sumber: Pemuda MCA Titiwangsa








1 ulasan: