Mini WaterFall Kemensah

Mini WaterFall Kemensah

Ahad, 5 Februari 2012

HASSAN ALI "PR is Dead"




Road show pendedahan kerosakan PAS 
Gerakan Road show Datuk Hassan Ali telah menyebabkan PR dan PAS mengelabah , kehadiran berpuluh ribu orang yang mengikut road show beliau di Selangor , Peneng dan Perak menunjukan sokongan terhadap Datuk Hassan Ali yang memperjuangkan Prinsip islam Tulin.

                                                       Road Sow Datuk Hassan Ali di Perak dan P.Pinang

Datuk Hassan Ali tak akan merayu.
PAS memberi tempoh rujukan atau rayuan kepada Datuk Hassan Ali , namun perhitungan PAS silap , apabila Datuk hassan Ali tidak akan merayu menjadi ahli PAS kembali. Rakyat Selangor Khususnya orang Islam rata-rata menyokong tindakan Datuk Hassan Ali , setelah melihat selama sepengal pemerintahan PR di Selangor , suara PAS tidak mendapat tempat tambahan pula didalam PAS sendiri diangotai Parasit-parasit PKR yang mengamalkan Ideologi Pluralisma dan Liberal sosialis.


                                                                   serbuan di DUMC

                                                  serbuan di kelab malam ketika memimpin JAIS


Usaha menjaga kesucian Islam oleh Datuk Hassan Ali di halang oleh PAS dan PR
Kerana itu lah semua usaha Datuk Hassan Ali memartabatkan Agama Islam , menguat-kuasakan peraturan undang-undang syariah di negeri Selangor melalui gerak kerja beliau merampas Arak di permis perniagaan Majoriti melayu , menyerbu kelab malam yang dipenuhi majoriti orang Islam dan menyerbu gereja DUMC yang dipercayai sedang menjalakan aktiviti memurtadkan orang Islam telah mendapat tentangan hebat oleh pemimpin PAS selangor sendiri iaitu Datuk Ir Khalid Samad Ahli parlimen Shah Alam. beliau diserang dari dalam dan luar dimana gerak kerja beliau telah menyebabkan Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran,Ronnie Liu Tian Khiew dari DAP merasa tidak senang duduk dengan situasi itu lantas menghalang Datuk Hassan Ali menyerbu Kelab malam dan mengarahkan Arak-arak dipulangkan kembali ke permis tersebut. situasi campur tangan dalam bidang kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) oleh Pemimpin DAP ini mendapat restu dari PAS,hanya kerana ingin terus memegang tampuk kuasa mereka menjual agama .

yang mempertahankan Aqidah umat islam PAS tak sokong
                                                                           VS

yang merosakan negara , menghuru-harakan negara dipimpin pula oleh Ambiga Seravana agen NED Zionis PAS sokong

yang berkaitan dengan individu pemimpin bukan masa depan rakyat PAS sokong
                                                                           901


Himpunan Sejuta Umat Vs Bersih 2.0 dan 901
Akibat dari tekanan dari dalam kerana usaha beliau mempertahankan kesucian Agama Islam di Selangor , Datuk Hassan Ali telah mencari jalan dengan mengadakan Himpunan Sejuta Umat bermula di Stadium Shah Alam bagi memberi kesedaran kepada umat Islam tentang bahaya gejala Sosial dan Murtad yang berleluasa di Negeri Selangor. namun tindakan itu juga nampaknya mengundang kemarahan PAS dan memberi kegerunan kepada PKR dan DAP apabila umat Islam Melayu bersatu didalam satu semangat perjuangan Islam. PAS mengeluarkan arahan memboikot Himpunan tersebut. Ironisnya PAS menyokong penuh Himpunan Haram 2.0 dan Himpunan 901 yang nyata tidak memberi faedah kepada Umat Islam mahupun Negara.




Negara hancur jika Pakatan memerintah

Menjadi tajuk berita Utusan 5 feb 2012, dalam berita tersebut Datuk Hassan Ali berkata
"negara ini akan hancur dan Islam akan musnah sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan".

kenyataan datuk Hassan Ali itu berasas kerana menurut beliau dalam polisi PR dan PAS  tidak ada negara Islam, tidak ada budaya al-Quran. Surau dan masjid akan mati. Anak kita akan dididik secara liberal. Calon Perdana Menteri yang mempunyai masalah moral dan bolehkah dibayangkan kalau parasit-parasit (Pas) dipilih jadi menteri?malahan beliau juga berkata

" Budaya seks rambang, homoseksual, lesbian dan sebagainya akan dihalalkan. Pasal sekarang sudah ada orang yang minta perkara itu disemak semula. Bila dibantah katanya akan hilang kemanusiaan. Kita akan hilang agama, tidak ada lagi (pemerintahan mengikut) al-Quran dan hadis, bertambah konsep mengiyakan,"
Datuk Hasan Ali berkata, buat pertama kalinya juga Malaysia akan mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel dan tanda ke arah itu sudah kelihatan apabila seorang pemimpin pembangkang secara terang-terangan mahu mempertahankan keselamatan negara Yahudi itu.--beliau merujuk kepada kenyataan Anuar Ibrahim di Wall street Journal

Beliau juga berkata ,

"Pas yang kini sudah 72 peratus dipimpin parasit-parasit yang berfahaman sekular, dan PS tidak mampu untuk menghalang semua perkara itu daripada berlaku kerana mahu menjaga kepentingan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).Pas hanya mengikut apa sahaja kemahuan dua parti tersebut walaupun terpaksa menggadaikan Islam termasuk bersekongkol dalam hal akidah dan semua yang melibatkan kepentingan umat Islam."Pas kini dikuasai dua elemen perosak iaitu parasit akidah yang menghalang segala usaha membanteras gejala murtad serta berkaitan akidah dan juga parasit politik yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan dapat mengambil alih kerajaan Pusat"



"CHARGASKAN " PEMIKIRAN SUPAYA KITA DAPAT MELIHAT KENIKMATAN YANG KITA KECAPI .





Sumber: Utusan malaysia , Papa Gomo , YouTube , Wikilipedia , sgrapat.online


Tiada ulasan:

Catat Ulasan