Mini WaterFall Kemensah

Mini WaterFall Kemensah

Selasa, 14 Februari 2012

KAPAL membawa muatan Khinzir , Keldai dan Jin Mata satu di jangka karam...!!



situasi peperangan pendapat dan mulut diantara PAS ,PKR dan DAP berkaitan isu , Hari Valentine dan isu kenyataan Anuar Ibrahim menyokong Negara yahudi mencetuskan fenomena kekalutan yang kronik dalam Pakatan Haram. Utusan melaporkan pada 13 Feb. - Sokongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap usaha menjaga keselamatan Israel seperti dalam temu bual yang disiarkan oleh The Wall Street Journal bulan lalu merupakan satu pengkhianatan terhadap Islam. Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, kenyataan itu bercanggah dengan fatwa-fatwa yang pernah dikeluarkan oleh para ulama berhubung perjuangan membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman rejim Zionis. Beliau berkata, antaranya satu fatwa yang ditandatangani oleh 63 ulama tersohor antaranya Sheikh Muhammad Ghazali, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardawi, Sheikh Dr. Wahbah Az Zuhaily serta Sheikh Dr. Mujahid Abdullah Azzam yang dikeluarkan oleh Jamadil-Ula pada 1989 (1409 Hijrah).
"Dalam fatwa ini, kesemua ulama terbabit bersepakat bahawa jihad adalah satu-satunya cara untuk bebaskan bumi Palestin. Ia turut menyebut bahawa mana-mana organisasi atau individu tidak boleh sama sekali menyerahkan satu inci tanah Palestin kepada Yahudi kerana ini berkaitan dengan perjuangan akidah. "Maka, sekiranya kita memberi ruang seperti mengiktiraf, melahirkan rasa simpati atau mahu mempertahankan Israel dan Yahudi ia merupakan khianat kepada Allah, rasul-Nya serta amanah yang telah dipertanggungjawab kepada semua umat Islam," katanya di kediamannya di Bangi.

sementara Datuk seri Nik aziz Nikmat semalam juga mengesa Anuar Ibrahim menarik balik Kenyataan itu
beliau mengeluarkan kenyataan berbunyi;
Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka Pas menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis...Saya, selaku Mursyidul Am Pas, dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama Pas, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal.”- Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
 beliau juga mengesa Anuar  menyaman majalah itu.


Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan membuat gesaan itu dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS.


“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau,” ujarnya dalam kenyataan media yang dikeluarkan.

Berikut kenyataan penuh beliau.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.

Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia. Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya. Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.

Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini.

Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal.Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza,maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.

Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
13 Februari 2012/ 20 Rabiul Awwal 1433H

  sementara Tuan Guru haji Hadi Hj Awang juga telah mengeluarkan kenyataan terdahulu beliau berkata
"Haram menerima kewujudan negara haram (Israel). Maka Pas yang berdasarkan Islam menolak penyelesaian dua negara iaitu satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis."Bagi kami, hanya satu negara Palestin sahaja bagi penduduknya yang berhak,"
 Bumi Palestin adalah salah satu daripada tiga tanah suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Palestin dimuliakan kerana ramai para rasul dilahirkan di situ dan terpijak di atasnya kaki-kaki para anbiya.

"Allah juga menjadikan kiblat pertama bagi umat Islam di bumi Palestin. Di sini juga tempat Isra' dan Mikraj, maka yang layak memakmurkan bumi Palestin ialah mereka yang beriman dan budiman (bukan golongan Zionis).
"Islam mewajibkan penganutnya memegang amanah memelihara bumi Palestin kerana banyak darah para syuhada dari kalangan nabi dan ulama dibunuh Yahudi menyebabkan mereka dilaknat Allah sehingga ke hari kiamat,
Anuar telah diserang oleh PAS secara terus , namun nampaknya Agen zionis ini masih tetap dengan pendirianya mempertahakna kenyataan beliau. kerana selama ini PKR telah menerima Dana yang banyak dari yahudi Zionis melalui badan bandan NGO Zionis seperti NED , KAF & KAS , NDI dan Anuar Pula adalah sekutu dan rakan baik kepada kumpulan Zionis Rochellfeller. maka menarik kenyataan bererti akan membuat Kumpulan Zionis menarik balik semua dana dan bantuan Kepada Anuar Ibrahim dan PKR serta badan-badan NGO yang berkaitan dengan PKR.

dana buat julung kalinya PAS membantah tindakan parti sekutu mereka setelah mereka memecat datuk Hassan Ali akibat tekanan dari Anuar Ibrahim. PAS semakin terhimpit apabila diman-mana ahli-ahlinya telah mula merasa tertipu dan benci dengan gaya pemimpin PAS yang menjadi Kaldai Tungangan PKR dan DAP.


sementara isu hari Valentine yang membuatkan suasana Parti PAS lebih meriah dari smbutan Valentine itu sendiri bila Nik Aziz dilaporkan turut menyambut , sedangkan Ulama telah mengeluarkan larangan dan fatwa Haram menyambut Hari Valentine.
Fatwa daripada Panel Kajian Akidah dan Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkaitan sambutan Valentine's Day :

Panel Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan ?Amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam?.

Jawatan kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: ?Bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan terbabit mempunyai unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah serta dilarang oleh Islam?.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya menyerupai dan meniru budaya dan cara hidup bukan islam berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud"

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia tergolong di dalam kaum itu"(HR Abu Daud)

sementara ketua Pemuda PAS nasaruddin tantawi dilaporkan membuat kenyataan anak muda boleh menyambut hari valentine jika menjaga akhlak mereka. kenyataan pelik dari ketua Pemuda PAS mana mungkin dapat dikawal anak muda menyambut Valentine akan akhlak mereka dan telah jelas fatwa mengharamkanya atas sebab kelakuan manusia dan nafsu tak akan dapat dibendung jika berdua-duaan, Anuar telah berjaya melibralkan pemikiran PAS sehingga meresap penuh kedalam polisi dan minda PAS.


Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, penukaran nama itu tidak penting. Yang utama adalah pengisian sambutan tersebut.
“Kalau kita ubah nama itu boleh memberi perubahan baik kepada Islam, baguslah, tetapi jika tidak memberi apa-apa kesan, untuk apa diubah?,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, Hari Suami Isteri boleh diraikan pada bila-bila masa dan nilai budaya Islam perlu dipertahankan.
Katanya, tarikh 14 Februari itu semakin menjadi ingatan ramai, apabila dimeriahkan oleh peniaga.
“Mereka ambil kesempatan menjual bunga dan cenderahati di merata tempat,” katanya.
Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia itu berkata, tarikh itu tidak memberi apa-apa makna jika hari itu disambut dengan perbuatan yang tidak bermoral.
Minggu lalu, Pas Kelantan mencadangkan Hari Kekasih yang disambut setiap 14 Februari, diganti kepada sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan. 

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, adalah lebih elok jika Hari Kekasih atau Valentine Day, yang dipuja dan diilhamkan pengikut agama Kristian, diganti dengan sambutan Hari Suami Isteri untuk melahirkan keluarga bahagia mengikut acuan Islam. 


 Sementara itu, penceramah bebas, yang juga Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional, Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, adalah lebih baik mengembangkan budaya sendiri daripada menyanjung budaya orang lain.
“Cadangan Hari Suami Isteri itu baik, cuma tarikh 14 Februari itu dirasakan tidak sesuai kerana pada tarikh tersebut sudah ada sambutan diraikan oleh penganut agama lain yang sememangnya haram diraikan umat Islam.
“Kenapa kita perlu obses dengan budaya orang lain, sedangkan kita boleh pilih hari lain, yang mana memberi lebih banyak makna kepada umat Islam?,” katanya.

 dalam situasi ini tiba-tiba Ustad Karpal singh pula mencelah dan memberi fatwanya juga kepada PAS
GEORGETOWN - “DAP tidak bersetuju pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih, Selasa ini,” kata, Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh. Menurutnya, pendirian Pas tidak boleh dipertahankan kerana sambutan Hari Kekasih diterima umum, dan disambut hampir di semua negara.

 “DAP berpendapat pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih, bukan satu langkah yang baik. “Tindakan Pas adalah sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan. Malaysia adalah negara mengamalkan prinsip demokrasi,” katanya, di Air Itam, di sini, semalam.

 Karpal berkata, DAP kecewa dengan tindakan Pas, satu parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang menentang sambutan Hari Kekasih setiap tahun. “DAP menggesa Pas menarik balik pendirian berkenaan sebelum 14 Februari ini,” katanya.


sementara itu  Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya memberi amaran kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh agar tidak mempertikaikan syariat Islam berhubung sambutan Hari Kekasih. 
Beliau menegaskan, Karpal bukan ulama Islam dan sama sekali tidak boleh mempertikaikan syariat yang dilaksanakan oleh Islam.
Beliau turut menggesa pihak- pihak yang bersahabat dengan Karpal terutama Pas supaya menilai kembali persahabatan dan ‘kemesraan’ yang terjalin antara mereka.
‘‘Dahulu mereka (Pas) kata Karpal telah berubah dan mulai memahami Islam namun kita lihat hari ini dia semakin keras terhadap Islam.’’
‘‘Kenapa dia hendak mengajar orang Islam bagaimana hendak melaksanakan syariat Islam. Dia mungkin hebat dalam undang-undang tetapi dia bukan ulama Islam,’’ katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Karpal yang tidak bersetuju dengan pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih.
Karpal berkata, pendirian tersebut bertentangan dengan hak asasi dan prinsip kebebasan yang diamalkan oleh negara demokrasi seperti Malaysia.
Sementara itu, Juanda turut mempertikaikan sikap sesetengah pihak dalam Pas yang tunduk terhadap Karpal dalam isu-isu yang membabitkan Islam.
‘‘Sampai bila hendak tunduk sahaja dengan nasihat agama daripada Karpal,’’ katanya
nampaknya 3 nakhoda kapal Pakatan sedang huru hara 1 kata utara satu kata selatan 1 kata barat. alamatnya karamlah kapal Pakatan. macam mana nak perintah negara , isu kecik macam ni pun dah huru hara , belum nak cerita tentang hal Ekonomi Rakyat, Kemajuan Negara dan kekuatan Negara dari segi Ilmu , pertahanan , teknologi dan Pembangunan Insan serta macam mana PAS nak jaga Agama Islam kalau semua ni ada yang haram dibolehkan dan kejap tukar tak boleh. mereka sendiri keliru dengan perjuagan mereka , jika kita letakan tangung jawab negara atas mereka maka apa yang terjadi adalah seperti apa yang dirasakan oleh negaeri-negeri Pakatan , habis lingkup semua segi , aset negeri dijual, hutang negeri berlambak, akidah umat islam tercemar , maksiat dan gejala sosial berleluasa. hancusssss...

"CHARGASKAN" PEMIKIRAN ANDA ,JANGAN BENARKAN PEROSAK MEMIMPIN NEGARA 


sumber: utusan






Tiada ulasan:

Catat Ulasan