Seramai 200 orang mewakili pelbagai pertubuhan Politik , Ngo dan Belia telah membuat laporan Polis membantah kehadiran Anuar ibrahim di Endau Mersing.
Kumpulan tersebut yang terdiri daripada wakil Pergerakan Pemuda UMNO,
MCA, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Mersing serta
Persatuan Belia Endau mendakwa kehadiran Ketua Umum PKR itu hanya akan
memecah-belahkan perpaduan penduduk di kawasan tersebut.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mersing, Youzaimi Yusuf berkata, penduduk
di daerah ini menolak kehadiran Anwar kerana kehadirannya akan
menimbulkan rasa kurang tenteram, selain ceramah beliau hanya akan
menghasut rakyat untuk membenci kerajaan.
Pengerusi Persatuan Belia Endau, Musranizam Musa berharap golongan
belia tidak terpedaya dengan agenda peribadi Anwar kerana ia hanya akan
merosakkan keharmonian penduduk di kawasan itu.
"Kami mahu keamanan sedia ada di sini dikekalkan dan kehadiran Anwar pasti memecah-belahkan penduduk," katanya.Sebelum ini Anuar Ibrahim telah dihalau di kampung Gadek dan Hutan Perca Melaka oleh orang kampung
Terdahulu Anuar Ibrahim telah didesak oleh PAS untuk menarik balik Kenyataan beliau di Wall Street Journal jika benar beliau berkata menyokong penuh sebarang usaha mempertahankan Negara Israel dan menyokong idea Penyelesaian Dua Negara "TWO STATE SOLUTION" atau beliau dicabar oleh Nik Aziz untuk menyaman akbar Wall Street Jounal jika pekara itu tidak benar . malahan ia juga diserang oleh wakil DAP mengenai isu itu.
Anuar Ibrahim say:
"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."
Dan reaksi itu telah mendapat pujian dari Juruselam post satu Media Zionis Israel. pengendali Juruselam Post Michael Ordaman berkata seperti gambar dibawah
Kenyataan Ordman dipetik dalam entri terbarunya bertajuk 'We have lift-off' yang ditulis pada 6 Februari lalu, di laman web Jerusalem Post, http://blogs.jpost.com.
![]() |
kaitan Anuar dengan Zionis |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan