Tanah itu terletak di lokasi yang strategik dalam Bayan Mutiara, hab pembangunan baru di bahagian timur Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan di sekitar Sungai Nibong.
Low berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian pembelian dan pembangunan di antara Ketua Menteri Pulau Pinang (Diperbadankan), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Hartanah Ivory. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyaksikan majlis tersebut.
Ivory Properties akan mencadangkan terbitan saham terbuka 186,000,000 saham baru biasa bernilai 50 sen setiap satu bersama-sama dengan 186,000,000 waran boleh tukar baru percuma untuk membayar bagi tanah dan pembangunan projek.
Ivory Properties akan untuk membayar 10% sebagai wang pendahuluan daripada harga jualan RM1.07bil bagi tanah itu. Ia telah membayar 2%, dengan baki 8% akan dibayar dalam tempoh 90 hari selepas menandatangani perjanjian pembelian dan pembangunan.
Low berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian pembelian dan pembangunan di antara Ketua Menteri Pulau Pinang (Diperbadankan), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Hartanah Ivory. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyaksikan majlis tersebut.
Ivory Properties akan mencadangkan terbitan saham terbuka 186,000,000 saham baru biasa bernilai 50 sen setiap satu bersama-sama dengan 186,000,000 waran boleh tukar baru percuma untuk membayar bagi tanah dan pembangunan projek.
Ivory Properties akan untuk membayar 10% sebagai wang pendahuluan daripada harga jualan RM1.07bil bagi tanah itu. Ia telah membayar 2%, dengan baki 8% akan dibayar dalam tempoh 90 hari selepas menandatangani perjanjian pembelian dan pembangunan.
kawasan Bayan Mutiara yang dijual kepada Ivory Group oleh PDC
Petikan dialih bahasa dari sumber:
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/11/12/business/9889728&sec=business
Persoalanya
kenapakah PDC melalui Lim Guan Eng menjual tanah tersebut dengan nilai yang
rendah yang sepatutnya mengikut nilai semasa adalah 2 kali ganda harga yang
sepatutnya...?
Dan siapakah
didalam Ivory Property Group ini.? Adakah mereka ini kroni LGE..?
Sepintas lalu
maklumat Ivory Group di BSKL
Syarikat ini
banyak terbabit dengan pembangunan Harta benda yang bernilai tinggi seperti
membina kondominium mewah , Hotel dan Apartment , Resort dan Pusat perniagaan
seperti Komplek beli belah. Maka jika diselidiki Anual report 2010 , laporan tahunan
syarikat tersebut tiada satu pun projek bernilai rendah untuk rakyat yang
berada dikawasan pendapatan serderhana mahupun miskin dilakukan oleh syarikat
ini.
![]() |
Apartment Mewah..? |
![]() |
Kondominium dan Banglo berapa harganya ye. 1j , 2j 3j..??? |
![]() |
emm orang Melayu dan golongan pendapatan rendah di Peneng mampu beli ke ni...?? |
![]() |
emm besor rumah tu , makcik pakcik ,abang kakak kat balik pulau tengok je la ye..!! |
![]() |
Perghh..Skycraper nak naik serun nak beli lagi serun..tengok je la dari bawah..!! |
![]() |
Rilexx..jangan risau..jom tengok laut tu..haa duk situ la nanti lastnya ...!! |
persoalanya
mampukah Bumiputera Peneng membeli kediaman ini..??
Walaupun telah mendapat berbagai Anugerah
malahan dari SME sendiri. CSR yang dilakukan syarikat ini lebih kepada meraikan
hari raya dan meraikan golongan cacat. Namun dari segi sumbangan mengikut
bidang Ivory group itu sendiri iaitu sebagai Pemaju Hartanah kepada rakyat
Peneng yang berpendapatan Rendah nampaknya tiada langsung. Berikut adalah CSR-(Coporate
sosial Resposbility) tangung jawab sosial syarikat yang di lakukan oleh Ivory
Group yang di ambil dari Annual Report 2010
Namun hakikatnya
adakkah CSR yang dilakukan oleh Ivory group ini memberi kesan kepada
kepentingan dan kebajikan Orang Melayu , dan juga golongan berpendapatan rendah
sama ada Cina , India mahu pun apa sahaja bangsa yang berada di Peneng , yang
jelas apa yang akan berlaku . penjualan tanah tersebut memberi keuntungan
kepada Ivory Group berlipat kali ganda namun tiada faedah sesen pun kepada rakyat
Peneng yang berpendapatan rendah. Dan hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh
sesiapa pun.
sebelum ini isu penjualan tanah ini telah dipertikaikan oleh Datuk zainal Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Zainal Abidin Osman
Antara pekara yang dipersoalkan oleh Datuk zainal adalah
1. Tiada Perunding awam yang terbabit dalam melibatkan yang berkepentingan semasa menjual Tanah Milik kerajaan Negeri.
2.Kerajaan Negeri terburu-buru menjual Tanah tanpa membuat penilaian jangka Panjang harga Tanah
beliau juga berkata
Jika tanah itu dimajukan secara berperingkat, harganya akan melambung sehingga RM10 bilion tetapi kerajaan telah membuat keputusan kurang bijak apabila menjualnya dengan harga RM1.1 bilion dan memberi keistimewaan kepada syarikat berkenaan untuk membayarnya secara berperingkat sehingga lima tahun. kaedah jual-beli itu menguntungkan syarikat kerana tanah itu akan dimajukan secara berperingkat dan pemaju hanya perlu membayar kepada kerajaan negeri secara berperingkat juga.
"Secara mudahnya, setelah mendapat duit daripada pembeli bangunan yang dimajukannya dan nilai hartanah itu pula akan terus meningkat,"
3. Berdasarkan kepada maklumat, kerajaan negeri hanya
membuat penilaian harga tanah itu selepas beberapa bulan menawarkannya
kepada syarikat berkenaan dan tanah itu dijual secara pegangan bebas
sedangkan menurut dasar kerajaan, tanah milik kerajaan hendaklah dijual
secara pajakan sahaja.kenapa dijual sebagai pegangan bebas dan bukan Pajakan ..?
selain dari persoalan Datuk Zainal itu , ia juga mengundang persoalan kepada kita.
4.
Kenapakah PDC sendiri tidak memajukan tanah tersebut sedangkan PDC
sebelum ini semasa Pemerintahan BN mempunyai kepakaran dan keewangan
untuk membangunkan Tanah Milik kerajaan Negeri utuk kemajuan dan faedah
kepada Rakyat Pulau Pinang.
5.
Adakah Lim Guan Eng sedang menyediakan rancangan pemilikan harta dan
Dana politik sementara ada hayat pentabiran DAP di Pulau Pinang..?
6.
Dimanakah kepentingan Rakyat diletak diatas penjualan Tanah milik
kerajaan Negeri ini.? langsung tiada difikirkan oleh Lim Guan Eng.
Trend
menjual Aset dan tanah atau memajak kerajaan negeri secara
tergesa-gesa ini semakin menjadi-jadi didalam Kerajaan Pakatan sekarang.
baik di Selangor , Kedah dan Pulau Pinang. hanya baru sepengal Pakatan
memerintah habis semua dijual dan dipajak yang akan mengakibatkan
kerugian yang besar kepada Rakyat untuk jangka masa panjang. namun
menifesto mereka Negara Kebajikan sehingga sekarang tidak dilaksanakan.
Sebagai contoh di Pulau Pinang dimanakah Perumahan Kos Rendah yang dibuat oleh kerajaan Negeri DAP.? sehingga kini tiada. hanya janji yang tak akan tertunai sehingga lah kita semua hendak mengundi balik pada PRU13 ini.
Apa pun terpulang kepada pembaca menilai akan kewajaran PDC dan Lim Guan Eng menjual tanah tersebut kepada Ivory Group.
CHARGASKAN PEMIKIRAN KITA , FIKIRKAN
KEHADAPAN SEBELUM TERLAMBAT.
Sumber:BSKL , Biz.Thestar.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan