Mini WaterFall Kemensah

Mini WaterFall Kemensah

Khamis, 22 Mac 2012

KERAJAAN PAKATAN PENINDAS KEBEBASAN BERSUARA



Akhbar Sin Chew Daily bertarikh 17 mac 2012 melaporkan , mengenai sikap tidak iklas pemimpin Parti Keadilan Rakyat dalam memperjuangkan prinsip kebebasan bersuara. merujuk kepada artikal tulisan Presiden MCA Datuk seri Chua Soi Lek bertajuk Demokrasi yang hanya terjerumus ke lembah Slogan.

Senator Datuk Heng Seai Kie


Timbalan Menteri Pembangunan Wanita ,Keluarga dan Masyarakat , Senator Datuk Heng Seai Kie telah menghadiri satu majlis makan malam di Padang Serai, Kedah baru-baru ini. semasa beliau memberi ucapan , beliau telah dicabar oleh seorang Exco Kerajaan Kedah dari PKR yang berniat untuk menghalang ucapanya. ini membuktikan Pakatan menjalankan dasar menutup kebebasan bersuara. mereka yang kononnya berjuang untuk kebebasan ini sebenarnya adalah penghalang kepada kebebasan , mereka mentakrif kebebasan mengikut selera mereka.

Datuk Mohd Isa Kassim


Kejadian yang sama juga berlaku di dalam Sidang Dewan Rakyat Negeri Selangor baru-baru ini apabila Datuk Mohd Isa kasim (BN-Batang Kali) diarah keluar Dewan persidangan oleh spaeker dewan kerana mengajukan soalan tentang pembaziran dan ketidak cermatan kerajaan Negeri Selangor yang diteraju oleh  PKR membelanjakan 40 juta dalam pengurusan Negeri yang sepatutnya hanya 20 juta sahaja kepada Menteri Besar Datuk Khalid Ibrahim. kenapakah 100 peratus kenaikan perbelanjaan terjadi.. akibat takut dengan soalan itu , Datuk Mohd Isa Kassim telah diarah keluar oleh speaker Dewan Datuk Teng Cham Khim.  disini dapat dilihat speaker Dewan Negeri Selangor dibawah PKR cuba menyelamatkan MB Selangor Datuk Khalid Ibrahim dari menjawab soalan itu.

MB Khalid Sengal


Ternyata budaya dan cara pemerintahan Pakatan Rapuh dimana-mana adalah serupa mereka akan menghalang segala bentuk kebebasan bersuara dan kebebasan berfikir atas rakyat malaysia . mereka mentadbir negeri-negeri yang dimenangi seperti lanun dan bertindak macam penindas dalam aspek kebebasan. seandainya mereka memerintah Malaysia pastinya seluruh Rakyat Malaysia akan hidup dalam tekanan dan penuh kesengsaraan kerana ditindas dan sekat segala kebebasan yang dinikmati sekarang.

CHARGAS BEB, JANGAN BAGI YAHUDI KAWAL NEGARA..!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan