
Dulu Anuar kaitkan BN dengan Yahudi apabila kerajaan Malaysia mengunakan APCO sebagai perunding image Negara sedangkan didalam APCO hanya ada 2 pengarah Yahudi dari 38 orang tapi sekarang Anuar menyokong penuh setiap langkah memastikan keselamatan Negara Israel ,sikap Anuar yang kaki pembohong dalam Negara menabur fitnah keatas kerajaan Malaysia (BN) kini telah pecah tembelangnya apabila beliau mengeluarkan kenyataan tersebut dalam Wall Street Journal. malahan Duta Palestin ke Malaysia Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai “pelik dan ganjil” kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel.
sementara itu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan beliau tidak terkejut apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan lebih pro-Israel berbanding dengan Palestin.